Sunday, June 19, 2011

Merancang Masa Depan

Hari ini ada pengajar baru dan maknanya ada tugasan baru. Oh tugasan yang lama pun belum siap lagi okay! Tapi tugasan inchik ini simple je cuma memerlukan tahap imiginasi yang tinggi hahahahaha. Baiklah malam ini aku harus menjawab 3 soalan cepumas dan perlu bentangkan esok hari.

Soalan yang pertama:
Dalam masa 5 tahun anda di mana? Kalau bekerja di syarikat apakah position dan syarikat anda?

Soalan kedua:
Objektif anda dalam 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang.

Soalan ketiga:
Buat satu business plan yang anda ingin buat.
(siap dengan marketing, berapa jangkaan keuntungan)

Hah amik kau melopong mulut sambil tergaru-garu kepala yang tak gatal.

Aku pun lagi dengan semangat yang berkobar-kobar terus rangka jawapan dalam kepala dan aku zahirkan di sini. kihkihkih. Ni la dia jawapan-jawapannya.

Jawapan soalan pertama:
Duk rumah dengan anak sulung umur dua tahun dalam keadaan sarat menanti anak kedua. kihkihkih

Jawapan soalan ke dua:
Objektif tahun pertama --->Dapatkan kerja sambil mencari calon suami yang sesuai sebab dijangka tahun kedua dah kena kahwin.



Objektif tahun kelima----->   Sekurang-sekurangnya dah dapat anak dua. Dan sibuk melayan karenah si kecil. Sambil-sambil tu bercucuk tanam dan ternak ayam kat umah.Tak yah susah-susah nak ke pasar. Makanan pun segar dari ladang.okay tak? owh dalam masa yang sama bolah la jugak tanam pokok-pokok buah-buahan.


Objektif tahun ke sepuluh---> Anak-anak pun dah mula masuk sekolah. Kos hidup semakin tinggi boleh besarkan lagi kebun jadi ladang. Pastu ajar anak-anak bercucuk tanam pulak. Amacam?

Jawapan soalan ketiga:
Aku jual sayur-sayuran kat pasar.
Untung: RM 10 000 okay!
Marketing: Buat marketing melalui 'ahli mesyuarat tingkap' la.

Hahaha itu jawapan kategori merapu la. Soalan senang tapi jawapan tu yang agak complicated sikit nak menjawab.

Moralnya: Memang sangat penting untuk kita merancang masa depan kita. Kegagalan untuk merancang maka kita rancang untuk gagal. Dan aku rasa memang aku failed dah untuk merancang. Gagal merancang kerana tak ada matlamat yang jelas sebenarnya.....

Sekian sahaja untuk kali ini....

p/s: catatan (jawapan) di atas adalah rekaan semata-mata untuk suke-suki bagi mengasah otak sementara  mencari idea untuk buat business plan. Its no an easy work. Dan ingatlah kita hanya mampu merangcang dan yang menentukan hanya Allah. But still we have to plan and back up plan.


Saturday, June 18, 2011

OMG!!!

Oh hari terasa begitu letih dan mahu cuti lagi tapi apa kan daya hari ini sudah harus bergerak balik!

Kenapa letih sangat?

Semalam ibu-ibu dan bapak-bapak saudara buat sembahyang hajat dan tahlil sikit. Sembahyang hajat untuk ibu-ibu yang mengandung dan majlis tahlil untuk nenek yang telah pergi menghadap Penciptanya (semoga Allah tempatnya di tempat-tempat orang beriman). Biarpun terasa letih yang begitu menggigit segala urat sendi tetap rasa seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Dan aku terpikir apabila anak-anak saudara sudah mula mengambil alih sedikit demi sedikit tugas-tugas yang dulu dilakukan oleh ibu-ibu saudara, apakah yang terpikirkan?

Yup! Mak-mak saudara aku termasuk la mak aku semakin hari semakin dimamah usia. Dah macam-macam sakit datang. Dan itu maknanya aku juga dah menginjaki ke usia DEWASA!!

Dan cerita sebenar yang ingin disampaikan adalah berita yang mengejutkan aku!

Alkisahnya, masa aku tengah siap-siap nak makan 'colek' tetiba mak saudara ni pun datang dan tanya aku dalam nada berbisik.

Mak saudara (MS): Ya ada gi interview kat tempat pok d* ke?

Aku: (muka terkejut) Tak de pun. Tempat dia ade panggil orang ke?

MS: Sebab Pok D* ade nampak name ya masa interview ari tu.

Yup. Aku berada dalam senarai yang berada dalam temuduga itu. Tapi aku tak tahu apa-apa pun sebabnya selama 2 minggu telefon aku bermasalah gara-gara CELC*M yang buat onar.

Oh, masa tu aku dah rasa terkilan gila.

Dan sepanjang hari aku bagitahu cik hati 'Barang yang lepas jangan di kenang. Pasti hikmahnya'!

Dan malam itu aku bercakap pula dengan suami mak saudara aku tu merangkap bapa saudara aku. Perkara yang sama aku bagitahu dia pasal nombor telefon aku tu.

Kata ayah saudara aku, 'Dah kalu lain kali ada nak lagi tak?'
Aku, ' Mesti la nak'.
Dia balas pulak, ' Tak pe, tak pe boleh di usahakan'.

Sebenarnya walaupun aku tak dapat temuduga itu, rasa terharu jugak sebab nama aku sebenarnya ada dalam list untuk temuduga syarikat yang besar itu. 

Pasti ada hikmahnya!

p/s: Sejak akhir-akhir ini 'instinct' aku begitu aktif dalam memberitahu 'ada sesuatu yang akan berlaku' dan 
      biasanya untuk perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Mungkin Allah mahu aku bersedia untuk
      menerima 'ujian' itu dalam keadaan mental aku dah bersedia untuk menerima segala kemungkinan.



Friday, June 17, 2011

Indahnya Bila Berdiam Diri

Baru hari ini aku terasa betapa indanhya lebih banyak berdiam daripada bercakap.

Berdiam bukan hanya berdiam kosong. Diam dengan mengingati Allah.

Banyak hikmah bila berdiam. Pada aku yang mengalaminya.

1. Kurang bercakap benda-benda yang tidak perlu mengurangkan rasa bersalah pada diri sendiri andai 
    tersalah dalam bertutur kata yang dalam kita tidak sedar mungkin kita dah melukakan hati orang lain.

2. Bila diam kita akan lebih banyak memerhati dan mendengar. Jadi apabila kita menganalisis dan kita dapat
    membuat keputusan dengan menggunakan akal tanpa dipengaruhi oleh emosi.
    Dan yang paling penting bukan memerhati dan mendengar untuk mencari keburukan orang.

3. Bila diam kita akan lebih banyak berfikir dan ini boleh meningkatkan daya fikiran kita dan meningkatkan
    aktiviti otak kita supaya sel-sel otak sentiasa bekerja.

4. Bila kurang bercakap, kita dapat melakukan lebih banyak kerja daripada membuang masa daripada
    berbual kosong. (tiada salahnya sesekali berbual-bual kosong selagi ianya tidak mengganggu prestasi kerja
    seharian kita).

5. Papepun janji happy!!!


New Post!!


Such a long time i didn't post anything and i didn't keep my promise to make my blog more interesting.

Yup, lepas grad aku mengalami zaman yang suram. banyak yang ingin diceritakan namun hanya di dalam hati.

Dan malam ini (opps its morning and new day already), dikala aku sepatutnya rancak menyiapkan HACCP dan business plan, cik idea tak nak datang jadinye terpaksalah aku merajinkan diri untuk menulis blog. Ala-ala warming up gitu sambil mengharap cik idea akan datang sikit demi sikit.

Kenapa aku kena buat HACCP dan Business Plan?

Alkisahnya, aku ambik kursus Biotechnology selama 6 bulan. Disebabkan kursus ini adalah menggunaka silibus yang sama dengan program BESt yang telah bertukar format maka objektif kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan muda. Tak lama lagi kena praktikal pulak selama 3 bulan selepas duduk dalam kelas selama 3 bulan. Gitulah lebih kurang ceritanya.

Terlalu banyak yang aku belajar selama kursus ini berjalan. Bukan hanya apa yang diajar dalam kelas tapi juga dalam mengenal dan menilai orang, menilai dan muhasabah diri sendiri. Yang paling penting adalah menilai dan menganalisi diri sendiri terumatanya apabila mengenang kembali zaman suram aku. Betapa banyaknya masa yang aku telah bazirkan.



Dan dalam masa yang sama masih banyak lagi persoalan-persoalan yang belum terungkai dan sehingga kini aku masih tercari-cari. Yup, ianya begitu mengganggu fikiranku. Dan kerana aku masih dalam pencarian bagi memecahkan dinding-dinding persoalan dalam merungkai jawapan. Terlalu banyak tanda tanya....