Wednesday, July 28, 2010

Di Saat Tanggungjawab Bertukar Tangan


Sebak. Terharu. Dada terasa sesak. 

Air mata yang bertakung menunggu masa untuk tumpah mengalir di pipi yang gebu.


Itulah yang dapat aku rasakan apabila melihat detik-detik di kala seorang bapa melepaskan tanggungjawabnya terhadap seorang anak perempuan kepada sang suami untuk dijaga dan disayangi.



Ah, masa berlalu dengan pantas seolah-olah baru semalam bayi perempuan itu di iqamahkan di telinganya. Hari ini anak perempuan itu sudah pun bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami dan bakal menjadi ibu kepada anak-anak yang comel. Meskipun berat untuk melepaskan anak perempuan kesayangannya, tentuan Ilahi telah mencatatkan hari ini anak itu perlu dilepaskan untuk membina mahligai impiannya.


Suasana agak sebak semasa si bapa menepung tawar anak perempuannya apabila si bapa tidak dapat menahan sebak ketika memeluk anak perempuannya dan menantunya. Aku juga merasakan perkara yang sama ketika melihat dia cantik berpakaian pengantin melihatku dengan senyuman yang manis. Aku menumpang bahagia melihat dia bahagia. Kerana dia sudah seperti adik beradikku sendiri. Mungkin aku juga akan berasa begitu apabila adik beradik perempuanku membina mahligia impian kelak. Semoga berbahagia sahabatku.

 
Anak perempuan itu menjadi teman sepermainanku di zaman-zaman kanak-kanak dan kami bersekolah tadika bersama-sama sehingga aku mengikut keluargaku berpindah di daerah yang berlainan. Kemudian kami bersama-sama menongkah badai bersama-sama meneruskan cita-cita di tingkatan 6. Dia adalah teman, sahabat merangkap sepupuku yang paling aku rapat. Tanggal 23 Julai 2010, Nor Huzaima bt. Tam selamat bergelar seorang isteri kepada jejak pilihannya, Sapa. 



 Congatulation, Emma. Hope you be a good wife and good mom. May Allah bless your wedding



Thursday, July 22, 2010

Anak ini

Terasa diri ini manusia yang bukan lagi berfungsi sebagai manusia.

Memiliki kesihatan tapi di sia-siakan.
Memiliki masa yang banyak tapi dibazirkan.

Kerdil dan hina sungguh diri ini.

Tidak menjadi hamba yang baik kepada PenciptaNya.

Tidak menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Bukan sahaja tidak melakukan apa-apa pun yang boleh menyenangkan hati tua itu malah sering kali membuatkan mereka berkecil hati pada anak yang sorang ini. Kesian mok dan aboh. Anak ini bukan anak yang baik. Banyak sungguh dosa anak ini kepada orang tuanya yang begitu bersusah payah sejak berada dalam kandungan lagi.

Anak ini juga tidak menjadi seorang kakak dan adik yang baik kepada abang-abangnya, kakak-kakaknya dan adik-adiknya juga.

Anak ini juga gagal untuk menjadi seorang emak saudara yang baik kepada anak-anak saudaranya yang comel dna bijak.

Anak ini juga gagal menjadi teman dan sahabat yang baik kepada kawan-kawannya.

Anak ini juga tidak menyumbangkan apa-apa pun kepada masyarakat, negara dan agamanya.

Anak ini memiliki segala yang diimpikan oleh orang lain tetapi dia telah mensia-siakannya.

Anak ini terlalu mementingkan diri sendiri dan perasaannya tanpa memperdulikan orang disekelilingnya.

Anak ini telah gagal menjadi seorang manusia yang berguna pada usia yang masih muda dan sihat.




Tetapi anak ini masih mempunyai kesempatan selagi maut belum menjemputnya. Anak ini memerlukan keberanian dan keyakinan diri sahaja untuk mengorak langkah yang sehingga kini masih belum ditemuinya.

Semoga dia akan menjadi seseorang.

Bersyukur dengan apa yang ada

Sedih, kecewa dan bermacam rase bergaul mesra membuatkan hati terasa mengelodak kuat dalam lautan jiwa kehampaan.


Aku tak kisah tak dapat pakai barang yang mahal-mahal. Tak dapat yang cantik pun tak pe. Yang penting keikhlasan orang yang memberi. Kesusahan, kesulitan yang dilalui dan kesungguhan untuk membeli atau membuat barang yang diberi itu oleh orang yang memberi perlu dihargai. Itu sudah cukup untuk aku merasakan bahawa itulah pemberian yang paling mahal dan cantik mengatasi barang yang diberi. Aku perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih memilikinya.

tell me what should I do to fix the wrong thing?
tell me what should I do to make you happy?
tell me what should I do to make your smile?
I will do anything as long as i can...

p/s: Mendidik diri agar tidak dikuasai dengan keindahan dunia semata-mata.

Merapu Meraban

Kadang-kadang aku terfikir atau aku merasakan adakah ayat aku sama ada semasa aku bercakap atau tulis di wall Fb itu terlalu complicated untuk difahami atau aku telah membuatkan orang tersalah tafsir apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan. Atau mungkin terlalu banyak kiasan dalam ayat.

Tapi bila direnungkan balik, memang sengaja ayat itu dibuat dalam bentuk kiasan. Sengaja ianya tidak dibuat 'direct' kepada maksudnya sebenarnya supaya manusia itu boleh berfikir. Kalu positif yang dia fikirkan maka positif la maksud yang sampai padanya tapi kalau negatif yang dilihatnya maka negatif la yang sampai padanya.

I write what I'm thinking. I can't force other people to accept or to think like me. Terasa macam orang tak faham apa yang fikirkan ataupun aku yang tak faham apa yang aku fikirkan? Tak kisah la apapun. Asalkan aku masi lagi menggunakan otak untuk berfikir. Tak perlu pun untuk orang memahami.

Sekian sahaja merapu kali ini.