Pada dia
Yang dulu pernah aku berlari tinggalkannya tanpa sebarang kata
Maaf kerana mengecewakanmu
Semoga engkau bertemu dengan orang yang lebih baik dariku

Pada dia
Yang dulu pernah memalit kata-kata yang begitu menusuk hati
Terima kasih kerna menyedarkan aku dengan perkara yang memang
telah lama aku sedari
Sayang sekali persahabatan yang aku hulurkan dengan ikhlas rupanya
telah disalah erti
Dan rasa terkilanku masih menebal
Sesungguhnya aku sampai sekarang aku sangat tak puas hati dengan
'serkap jarang'mu yang menyakitkan hati
Pada dia
Aku nak bagitau
Sesungguhnya aku sangat cemburu pada kamu
Dan ia membuat aku sangat rendah diri
Tapi aku tetap bangga dengan kejayaanmu
Pada dia
Aku nak cakap
Kadang kala aku memang rasa jauh hati, makan hati, terasa hati
Buatkan aku rasa seperti aku keseorangan
Dan segalanya aku hanya pendamkan
Pada dia
Ingin aku khabarkan
Aku rindu kamu
Pada dia
Aku nak ucap terima kasih
Sentiasa di sisiku di kala aku gembira dan berduka
Pada dia
Ingin aku katakan
Aku bukan siapa-siapa
Pada dia
Maaf sukar sekali untuk melafazkan apa kata hati
Kerna mulut tak mampu melafazkan kalimah seiring dengan
apa yang tersirat di hati
Biar ia terus kekal menjadi rahsia hati
Agar ia tidak menghuru harakan hati-hati yang mendengarnya.
Pada dia
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerna hadir dalam hidupku
Pada DIA
Aku sandarkan segala harapan dan impianku
Aku redha dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan untukku
kerna
hanya ENGKAU tahu apa yang terbaik untukku

Kadangkala kita tidak berkesempatan untuk meluahkan apa yang dirasa Kadangkala kita tak mampu untuk meluahkannya Dan aku meluahkannya di sini

Untuk orang yang menyedari kata-kata itu untuknya
Pada dia
Yang mungkin membacanya @ tidak
[kerna dia tidak tahu akan kewujudan blog ini]
Pada dia
Yang ingin sekali aku nyatakan padanya apa yang aku rasa
Pada dia
Mungkin seorang, dua orang @ ramai
Pada dia
Yang pernah hadir dalam hidupku
Pada dia
Maaf andai ia melukan hatimu
Pada dia
Mungkin untuk kamu
Pada dia
Coretan ini sekadar bingkisan rasa hati
dan
Pada kamu
Terima kasih kerna membacanya