
Sering kali kita mendengar
'Aku tak de pilihan lain.'
'I've no choice.'
'Itu la satu-satu je pilihan yang aku ade.'
Macam-macam lagi. Mungkin yang berbeza dari segi bahasa atau
gaya penyampaian.
Lumrah manusia. Sering menganggap kita tak diberi pilihan atau
kita terpaksa memilih pilihan yang telah ditetapkan.
Siapa kata kita tidak ada pilihan?
Situasi apa pun pilihan tetap ada
Pilihan sentiasa terbentang di depan mata.
Kita sendiri yang menentukan pilihan kita.
Jangan salahkan sesiapa ke atas pilihan dan keputusan yang telah kita buat.
Kerana....
Kita sendiri yang tentukan pilihan yang kita ada.
Kerana apa?
Andai kita kata, 'aku tak de pilihan lain, nak tak aku kene jugak ambik pilihan itu.'
Pilihan itu ada hanya kita sendiri membuat keputusan untuk memilih 'tiada pilihan'.
Kalau hari ini kita sedih, kita sendiri yang memilih untuk sedih
sedangkan kita sebenar layak untuk memilih kegembiraan.
Katakanlah suatu hari kita merasakan ada sesuatu yang lain dengan
sahabat kita. Muka masam je sepanjang hari, senyum tak, ketawa
pun tak, kalau tanya sambil lewa je jawabnye...sakit hati sungguh. (contoh je la).
Kemudian kita buat kesimpulan

'Agaknya dia ada terasa hati ngan aku kut.' tak pun,
'Aku ni menyemak je ke dalam hidup dia.' ataupun
'Aku ke yang bersalah.' dan ape je la yang seaktu dengannya la kan.
Jadi, bila kita rasanya 'Agaknya dia ni tak suka aku kut.' dan kemungkinan
besar kita mengambil langkah untuk menjauhkan diri daripada sahabat kita
yang sorang ni tanpa sebarang kata.
'Aku nak dia bahgia dengan orang yang dia suka.'
Hakikatnya kita tak tahu pun apa sebenarnya yang berlaku.
Tapi kita suka pendam je dalam hati.
Dan timbulah rasa sedih, cemburu dan segala macam rasa yang tumbuh kat hati..
Kenapa kita perlu rasa segala penyakit hati?
Bukankah kita sendiri telah membuat pilihan untuk membiarkan sahaja
salah faham berlaku.
Bukankah pilihan untuk merungkai salah faham ada?
Kenapa perlu memilih sesuatu yang merugikan?
Itu salah satu contoh je la......
Begitu banyak pilihan terbentang luas di bumi Allah ini.
Pilihan sentiasa ada.
Tinggal hanya kita sahaja memilih pilihan yang mana satu.
Dan setelah membuat pilihan, kita sendiri perlu menanggung akibatnya.
Kepada yang sedang kecewa.
Pilih la untuk bangkitlah daripada kekecewaan.
Kepada yang sedang bersedih,
Pilih la untuk gembira.
Kepada yang sedang sakit hati,
Pilih lah untuk memaafkan orang kerana sakit hati itu hanya mampu
diubat dengan kemaafan.
Dan kepada semua yang mengambil yang negatif,
Pilih la untuk menukar pilihan kepada positif.
kerana.....
Bumi tetap berputar di paksinya,
Bulan tetap beredar mengelilingi bumi,
Matahari akan tetap setia memancar sinarnya,
Burung-burung tetap berkicauan menyanyi dengan riang,
Bunga akan tetap mengeluarkan kelopaknya yang cantik,

Masa tetap 24 jam,
Hidup hanya sekali,
Jadi kenapa perlu membazirkan detik-detik yang berlalu
dengan kesedihan, kekecewaan, putus asa dan yang sewaktu dengannya.
Pilihan di tangan kita.
Kita sendiri yang akan menentukan apa pilihan yang kita ada.
Dan.. bertanggungjawablah dengan keputusan yang telah kita ambil.
Pilihan sentiasa ada...........................