Saturday, April 11, 2009

Awak

Awak,
Awak ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu. Masa tu hari pertama pendaftaran sekolah budak-budak darjah satu. Mula-mula saya nampak, awak ceria je. Saya pulak muka masam [protes sebab kena bangun pagi]. Awak senyum kat saya. Tapi saya tak senyum kat awak. Lepas tu kita jupa lagi dalam kelas. Rupa-rupanya, budak yang senyum kat saya tadi adalah awak yang duduk kat sebelah saya. Awak hulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Awak senyum lagi kat saya. Kemudian saya balas senyuman itu walaupun tidak semanis senyuman awak. Sejak dari itu kita jadi kawan baik.

Awak,
Awak ingat tak masa si badigol yang ntah pape tu ejek saya. Dia kata saya pendek, ketot lepas tu bodoh lak [sesuki hati dia je. Gaya cam IQ dia macam einsten]. Masa tu saya rasa marah sangat. Ye la awak kan tahu saya ni kepala hangin. Nak je saya balas balik 'Muka dah la berjerawat batu, gemuk lak tu perasan pandai, de hati nak jadi einstein'.Tapi mak saya kata jangan balas balik ejekan sebab tu maknanya saya dengan si badigol sama. huh, saya taknak jadi macam dia!. Jadi bila saya marah saya tak lepas semua benda yang buat serba tak kena. Saya tak tau la camner saya boleh tersilap ambik buku awak hari tu. Puas awak cari tapi tak jumpa. Lepas tu bila awak nampak saya pegang buku awak, terus awak mengamuk. Saya dah mintak maaf tapi macam-macam awak kata kat saya. Masa tu saya memang hangin sangat. Apa lagi gaduh besar la kita hari tu. Semua orang dah pandang kat kita. Akhirnya bila saya tak tahan lagi, terus saya lari kat bawah pokok rhu kat tepi padang. Tu la tempat yang selalu kita lepak. Tengah duduk termenung kat situ, tiba-tiba awak datang hulur aiskrim sambil pegang bahu saya. Awak kata 'dah lega sekarang?'. Saya dah pandang muka pelik. Lepas tu baru saya sedar rupa-rupanya awak sengaja cari gaduh dengan saya sebab awak nak saya lepas semua kemarahan saya. Terima kasih awak.



Awak,
Saya tak tahu macam mana kita boleh jadi kawan baik. Minat kita dah la tak sama.
Awak masuk pasukan debat sekolah, saya masuk pasukan seni bela diri sekolah.
Awak jadi pengerusi kelab catur, saya jadi ahli biasa kelab kembara.
Awak petah sekali ketika berbicara, saya pula pendiam.
Awak duduk kelas depan, saya duduk kelas belakang.
Awak budak pandai, pelajar harapan sekolah. Saya pulak tak de la pandai sangat.
Tapi awak tetap jadi kawan baik saya. Bila saya nangis awak bagi pinjam bahu awak. Bila saya diam seribu bahasa awak tetap duduk sebelah saya menemani saya. Kita selalu abiskan masa bersama-sama. Awak selalu bagi semangat kat saya lepas tu awak sanggup ajar saya apa-apa yang saya tak faham biarpu awak kena ajar berulang-ulang kali.
Awak kata, 'Biar dapat sikit jangan sampai tak dapat langsung'.

Awak,
Bila result SPM keluar, awak dapat keputusan yang sangat cemerlang. Saya cuma dapat biasa-biasa aja. Saya tengok awak ceria sangat sambil dikelilingi kawan-kawan dan cikgu. Saya pun kalu boleh nak pergi dekat dengan awak. Saya nak ucap tahniah kat awak. Tapi nampak awak sibuk sangat terima ucapan tahniah. 'Hmmm... Tak pe la mungkin nanti saya boleh ucap tahniah kat awak.' Lepas tu saya pun duduk lepak kat bawah pokok yang selalu kita lepak dulu. Saya imbau kembali kenangan kita bersama-sama dulu. Lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing. Awak mungkin akan sambung belajar kat Ireland ambik perubatan. Itukan cita-cita awak. Saya pula rasanya akan sambung ke tingkatan 6 agaknya sebab saya rasa saya tak layak tuk ke matrik. Tanpa saya sedari airmata menintis ke pipi. Sedih dengan perpisahan yang akan terjadi. Saya akan kehilangan awak. Tiba-tiba bahu saya terasa hangat. Bila saya berpaling, saya lihat awak duduk sebelah saya sambil tersenyum. Manis sekali. Senyuman itu pasti akan membuatkan ramai lelaki tertawan padanya. Awak kata, 'Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Tapi perpisahan itu tidak akan memutuskan ikatan yang dijalinkan dari keikhlasan hati dan ianya akan berada di situ sampai bila-bila.' Kemudian kita nangis sama-sama. Lepas tu kita pergi makan aiskrim sambil bergurau senda.

Awak,
Apa khabar awak sekarang? Harap-harap sekarang dah menghampiri cita-cita awak nak jadi doktor. Sejak kita berpisah hari tu, terus kita terputus hubungan. Last sekali saya dengar pasal awak, dengarnya awak dah ke luar negara. Tapi saya tak tau awak buat apa kat sana. Ramai kawan-kawan kita tanya pasal awak. Tapi kami semua tak ada khabar berita pun pasal awak.

Awak,
Sekarang saya dah jumpa ramai kawan. Diorang pun macam awak jugak. Selalu sama-sama dengan saya bila saya susah. Mereka pun akan ajar saya bila ada yang saya tak faham. Awak jangan risau. Saya ikut nasihat awak. Awak kata saya kena bagi peluang pada semua orang untuk berkawan dengan saya macam saya bagi peluang pada awak untuk menjadi sahabat baik pada saya. Terima kasih awak. Sebab nasihat awak tu saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat baik macam awak juga. Tapi awak tetap akan menjadi sahabat saya yang tiada penggantinya sampai bila-bila.

Awak,
Biarpun kita dah tak bersama, saya tetap ingat pesanan awak supaya saya tak mudah berputus asa. Saya pun sekarang dah boleh kawal kepala hangin saya sebab saya tak jumpa lagi aiskrim yang boleh bagi saya sejuk macam yang awak bagi kat saya. Saya pun sekarang dah tak suka nangis lagi sebab saya tak jumpa lagi bahu yang lebih selesa dari bahu awak. Saya pun dah tak makan aiskrim lagi sebab kalau saya makan aiskrim saya akan nangis sebab teringatkan awak. Saya harap satu hari nanti kita boleh bertemu dan awak akan sentiasa di hati saya.

'Open your heart and it will find its way"



[hanya yang mengerti akan memahami]

*cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena samaada yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Thursday, April 9, 2009

Saturday, April 4, 2009

MPP oh MPP

'Kamu ingat, kamu datang sini guna duit kerajaan,' kata seorang pegawai sebelum memberi ceramah semasa Kursus Induksi MPP sesi 2007/2008. Biarpun dengan nada yang bersahaja dan bergurau tapi kata-kata itu membuatkan aku tersentak dan membuatkan aku tersedar.

Kursus Induksi MPP sesi 2007/2008 mempunyai nostalgia dan pengajaran yang tersendiri. Sebab:

Pertama kali aku naik MAS dan ditanggung sepenuhnya oleh UPM.
Lepas itu, mendarat di KLIA dan itulah pertama kali aku menjejak lapangan terbang kebanggaan Malaysia.

Dan menginap di UPM semalaman di kamar Kak Yong, S/U. Ceritanya, waktu itu juga adalah pertama kali aku sampai ke UPM Serdang.
Esok pagi, bertolak ke Genting Highland juga buat kali yang pertama dalam hidup aku. Dan waktu itu juga pertama kali jdapat jumpa dengan MPP Serdang.

Pengalaman baru memang menyeronokkan. Dan kadang kala perkara menyeronokkan itu boleh membuat kita terleka. Sebab itu aku tersentak! Aku lupa segala perbelanjaan sepanjang 5 hari kali di Genting Highland yang boleh tahan selesanya dan tambang tiket kapal terbang aku adalah wang rakyat yang membayar cukai dan wang pelajar yang membayar yuran.

'Pap!Tetiba terasa seperti ada batu besar jatuh atas bahu. Betapa beratnya amanah yang diberi dan aku menyedari kalau aku tidak memberi sepenuh perhatian pada kursus ini bermakna aku telah membazir duit pelajar-pelajar UPM amnya. Dan sudah tentu itu juga bermakna aku tidak amanah.

Dan kata-kata itulah yang sentiasa menjadi ingatan sepanjang aku menjadi MPP. Tidak dinafikan ada seronoknya menjadi MPP dan banyak yang tak seronok sebenarnya. Banyak yang aku belajar sepanjang aku menjadi MPP.

Sukar sebenarnya menjadi wakil bagi Kampus Bintulu. Kadang kala bila aku ke Serdang, MPP di sana pasti akan bertanya masalah di Bintulu. Dan pada aku itulah soalan paling sukar untuk dijawab. Kalau aku kata kami tak ada masalah, itu memang sangat mengarut. Tapi kalau aku beritahu masalah pun aku tahu masalah itu takkan kemana pun sebenarnya sebab kebanyakkan masalah adalah melibatkan dalam lingkungan UPMKB sendiri. Tapi itu tidak bermakna aku hanya sekadar berdiam diri. Aku hanya memberitahu situasi yang sebenar. Bukan aku mengharapkan tindakan mereka di Serdang tapi aku rasa aku perlu meminta pendapat mereka dan sesuaikan mengikut keadaan di UPMKB. Aku bercerita pasal UPMKB agar mereka memahami kehidupan dan suasana di UPMKB. [aku hanya bercerita apa yang patut aku cerita saja]

Dan disini pelajaran yang aku dapat adalah, 'Menjadi MPP bukan sekadar mencari isu-isu panas untuk diselesaikan tetapi juga perkongsian ilmu'. Situasi di Serdang dan Bintulu tidak sama tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh membuat perkongsian. Perkongsian melalui perbincangan mampu membuka minda agar lebih terbuka dengan memandang jauh kehadapan.

Agak mengecewakan kalau MPP hanya mengharapkan akan ada masalah-masalah besar ataupun masalah-masalah baru. [Bila merasakan tiada masalah *seperti yang dinyatakan adakah patut seorang MPP merasa kecewa] Adakah seorang polis akan mengharapkan akan berlaku jenayah setiap hari? Adakah seorang doktor akan mengharapkan akan ada pesakit setiap masa? Adakah ahli bomba akan mengharapkan akan ada kebakaran akan berlaku?

Memang kita akan sentiasa mengenal pasti masalah dan akan cuba menyelesaikannya tapi jangan sekali-kali mengharapkan akan ada masalah yang besar yang dihadapi pelajar. Orang sebegini pada pandangan aku hanya mengharapkan glamour supaya diingati sebab berjaya menyelesaikan masalah besar. (Mimpi di siang hari je la) Mungkin objektif atau matlamat MPP Serdang yang berkunjung ke UPMKB ini perlu diperluaskan lagi. Datang ke UPMKB bukan sekadar mendengar masalah pelajar tetapi juga membuat perkongsian mengenai pengurusan struktur organisasi ataupun mengenai pengurusan program atau apa-apa sahaja perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk warga UPMKB. [ibarat kata berkongsi ilmu memancing untuk menangkap ikan]. Jadi tak adalah rasa membazir sangat. Jangan hanya kuantiti yang datang sahaja gempak dan nampak glamour tapi hasil kunjungan tak ada hasil [diharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku]. Kalau betul-betul nak cari masalah 'besar', kenal dulu dengan UPMKB. Datang Bintulu, biarla betul-betul lawatan kerja bukan sekadar datang nak melancong ke Sarawak bila balik, simpan segala aduan dan laporan dalam fail, tutup lepas tu tunggu anai-anai makan. Kome pikir ler sendirik ye.

Aku tak tahu ape relevannya membawa berbodong-bodong MPP Serdang untuk datang ke UPMKB. TNC HEPA sendiri dulu telah bersetuju untuk tidak menghantar lagi MPP ke sini. Jika sesi yang lepas hanya YDP dan PAnya sahaja yang datang tapi kali ini 30 orang telah datang. Harap-harap jumlah yang ramaii ni tidak hanya menghabiskan beras sahaja. Pada pendapat aku kalau yang wajib datang pun adalah YDP dan mungkin 2 atau 3 orang kanannya. Relevannya adalah selaku YDP, beliau perlu mengetahui secara keseluruhan pelajar-pelajar yang diwakilinya.
Setelah melibatkan diri secara langsung dengan perjumpaan mereka di blok masing-masing, aku mengemukakan beberapa teori:

a) MPP yang datang ke sini kelihatan seperti tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai Bintulu. Iaitu tidak mengulangkaji mengenai masalah-masalah yang pernah dibawa ke Serdang.

b) Kelihatan seperti mereka tidak bersedia mental untuk menghadapi para pelajar disini. Relevannya adalah kebijaksanaan dan kepetahan dalam menjawab persoalan para pelajar tidak menyerlah. (tulah korang tak tau penangan pelajar kat sini).

Jangan hanya memandang enteng kepada setiap masalah yang datang tidak kira walau sekecil manapun masalah yang datang. Yang kecil itulah yang perlu dibendung supaya tidak menimbulkan masalah besar melainkan memang 'mereka' mengharapkan untuk jadi 'hero'. Hanya berpunca daripada daripada tusukan jarum yang hanya beberapa mikrometer kadang kala boleh membawa maut.

Jangan rasa diri kita lebih tinggi dan hebat daripada orang lain. Kuasa sementara yang kita dapat itu pun sebenarnya diberi oleh pelajar dan setiap undi yang seorang MPP dapat adalah bukan nombor semata-mata, sebaliknya jumlah amanah yang diserahkan setiap pelajar kepada calon pilihan mereka.

Aku akui, aku bukan la bagus sangat & maybe i'm da worst MPP sebab aku sendiri pun banyak kekurangan dan apa yang aku lakukan sebagai menjalankan amanah yang telah diberikan. Aku pernah jadi MPP dan aku pernah juga menjadi pelajar biasa. Kedua-dua sudut pandangan dah aku lihat. Aku memberi pandangan apa yang aku lihat dan dengar. Siapa yang tak puas hati leh bagitau. Relevannya aku menulis bukan untuk kondem sesiapa, tapi isu mengenai ini telah lama dibangkitkan sejak zaman Tuk Kaduk lagi. Aku bersuara sebagai salah seorang pelajar. dan bukan sebagai mantan MPP atau MTM. Setelah kita melangkah kehadapan kenapa perlu di undur? jadi diharapkan rombongan yang telah datang mencapai 'objektif' mereka.

Apa yang aku dan teman-teman seperjuanganku lakukan sepanjang berada di barisan hadapan pelajar bukan untuk memburukkan sesiapa . Bukan itu matlamat kami. Apa yang kami lakukan adalah dari pelajar untuk pelajar. Demi kebaikan bersama. Kami lakukan demi rasa kasihnya kami kepada kepada UPMKB. Kalau ada yang merasakan apa yang kami lakukan hanya memburukkan imej dan nama baik UPMKB, anda silap. Secara peribadinya, aku sendiri pelajar UPMKB, kalau aku memburukkan nama tempat aku menimba ilmu itu ibaratnya aku mendajalkan masa depan aku jugak. Relevannya sebab bila aku keluar sebagai graduan hasil daripada UPMKB sudah tentu nama kilang yang menghasilkan 'aku' memainkan peranan penting. Jadi takkan la aku nak merosakkan masa depan aku sendirikan [kalau aku tak dapat keje sapa nak tanggung aku?]. Itu kalau nak difikirkan secara logik la. selain daripada tu lu pikir la sendiri. [engkau ada akal bukan?]. Ada bantahan? Ada sesiapa yang ada pendapat lain? Boleh kita berkongsi dan mempertajamkan minda. Tak perlu untuk mencari pendapat siapa yang betul atau pendapat siapa yang salah. Dan aku sendiri boleh memperbaiki diri.