Wednesday, February 25, 2009

Cara Ucapan Salam Yang Betul

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna hortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.....
....We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly... ...

Cinta Itu Cahaya Sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan dimana terciptanya cinta,
Di situ rindu bermula.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia
lain...


http://kelab-sahabat.blogspot.com/

Mengapa Yahudi Bijak

Disebalik Musibah


Menemui saudaraku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharjalela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupun dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka(pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba di bawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk "Why the jews so smart" suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.(Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak)maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya,perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi(menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts!!!dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sunday, February 22, 2009

Saat bertemu.......


Saat bertemu dengan teman yang dapat dipercayai,
rukunlah bersamanya,
kerana seumur hidup manusia, teman sejati tidak mudah
ditemukan

Saat bertemu penolongmu,
Ingatlah untuk berterima kasih padanya,
Kerana dialah yang membantu mengubah hidupmu

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau cintai,
Tersenyumlah dengan wajar,
Kerana dialah orang membuatmu lebih mengerti tentang
cinta

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci,
Sapalah dengan senyuman,
Kerana dia membuatmu semakin teguh/kuat

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu,
berbauk-baiklah berbincang dengannya,
Kerana jika bukan kerana dia,
Hari ini engakau tak memahami dunia ini

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
Berterima kasihlah bahwa ia pernah ada dalam hidupmu,
Kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu

Saat bertemu dengan orang yang pernah salah faham padamu,
Gunalah saat tersebut unutk menjelaskan,
Kerana engkau mungkin hanya ada satu kesempatan itu sahaja
untuk menjelaskannya

Dan saat engkau bertemu dengan seseorang yang saat ini
menemanimu seumur hidup (suami @ isteri kita),
berterima kasihlah sepenuhnya kerana dia mencintaimu.
Kerana saat ini kalian mendapatkan kebahagiaan dan
cinta sejati yang kau cari


*koleksi kata-kata mutiara





Saturday, February 14, 2009

Hari Yang Paling Menyedihkan

Tanggal 14 Februari dikatakan sebagai sambutan Hari Kekasih ataupun hari Valentine (ntah pape tah). Sambutan ini diharamkan dalam Islam. Kenapa? Ramai yang telah mengetahui kenapa. Kalau yang masih belum mengetahui maknanya kena selalulah menyelak surat khabar- sumber yang senang untuk mendapat maklumat. Hal ini kerana setiap tahun apabila masuk sahaja bulan Februari pelbagai artikel ditulis oleh pelbagai pihak untuk memberitahu kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia tentang pengharaman menyambut Hari Yang Ntah Pape tu. Pada Hari Ntah Pape tu juga la ramai manusia-manusia yang ber'couple' berlumba-lumba untuk membuktikan cinta mereka (huh, yela sangatnye. kalu nak buktikan cinta kahwin je la) dengan memberi bungala, coklatla, makan malam romantik la (romantik ke?) dan segala benda la yang boleh menunjukkan betapa 'sayangnya' diorang pada pasangan masing-masing.

Cerita seorang teman yang ingin berkongsi cerita.......

Pada diri teman, tarikh 14 Februari setiap tahun mempunyai nilai 'sentimental value' nya tersendiri. Setiap tahun tarikh ini memang akan sentiasa dinanti-nantikan (ye ke?). Tarikh itu memberi makna yang besar dalam hidup dirinya. Tarikh tersebut ketika waktu dahulu (kini dan selamanya) pernah memberi kegembiraan dan kesyukuran kepada kedua ibubapanya, keluarganya dan kaum kerabatnya. Tangisan suara seorang puteri yang baru sahaja menjengah ke tingkap dunia telah disambut dengan penuh kesyukuran lalu perkataan pertama yang didengarinya adalah laungan iqamat oleh ayahanda yang tercinta.

Dan setiap tahun, hadirnya tarikh 14 Februari, maka puteri yang dulu tapak kakinya hanya sebesar tapak tangan kini telah membesar menjadi seorang anak gadis. Lahir dalam keluarga yang besar, dia dan adik beradiknya telah dididik oleh kedua ibubapa - tiada sambutan hari lahir diadakan- maknanya tidak ada la kek, hadiah ataupun party hari lahir yang selalu orang lain buat tu. Jadi sampai sekarang padanya hari itu hanyalah hari dimana umurnya telah bertambah setahun lagi. Tiada angan-angan untuk membuat permintaan hadiah apa yang diingininya ataupun majlis macam mana yang nak dan yang sewaktu dengannya (Alhamdulillah tak yah fening-fening kepala nak kene fikir). Apa yang paling penting adalah keredhaan dan doa daripada ayahanda dan bonda yang sentiasa mengiringi setiap langkah dalam perjalanan kembara hidup ini.

Apa yang paling penting adalah muhasabah diri. dan persoalan yang paling popular setiap tahun adalah seperti di bawah:
a) Apakah yang telah aku lakukan selama setahun?
b) Apa matlamat unutk setahun kemudian?
c) Apa yang nak aku capai?
dan segala yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya, orang yang sepatutnya terima hadiah hari lahir adalah bonda tersayang, yang telah bersusah payah melahirkan dan mendidik sehingga menjadi seperti sekarang.

Cerita teman lagi,

Semakin meningkat umur dan semakin matang fikiran (ye ke?), semakin dia sedih menantikan tarikh tersebut.( aik, kenapa plak?) sedih kerana saudara sesama Islam menyambut Hari Yang Ntah Pape tu yang telah diharamkan oleh Islam... bukankah itu satu berita sedih? (oooo, ingatkan sebab orang tak sambut besday die, hehehe). Terasa macam lepas 13 Feb terus je 15 Feb (huhu, sampai camtu skali ?)....... hari yang bahagia menjadi hari yang menyedihkan........ Tarikh 14 Februari mungkin telah menjadi anti dan menjadi kebencian kepada sesetengah pihak.
(ish..ish..ish.. kesian sungguh teman ku yg sorang ni)..... But kena la kita ambik yang positif. Kita hanya manusia biasa. Kita hanya mampu menasihati dan memperingati antara satu sama lain. Selebihnya terpulangla kepada empunya diri. Semoga Allah membuka hati-hati mereka. Dan teman ini berkata dia tetap bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari yang penuh bermakna pada dirinya dan mungkin juga orang-orang yang berada di sekelilingnya pada kali ini. Mungkin ini kali terakhir atau mungkin juga masih ada lain kali. Tapi yang pasti mati itu pasti, hidup itu Insyaallah...........




Friday, February 13, 2009

Lelaki sejati

Aku bertanya pada Bonda, bagaimana memilih Lelaki Sejati ?
Bonda menjawab, Nak..........

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
Tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
Tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
Tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati
ditempat bekerja,
Tetapi dari bagaimana dia dihormati di dalam rumah

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
Tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
Tetapi dari hati yang ada dibalik itu

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yg memuja,
Tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari barbel yang dibebankan,
Tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan

Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci,
Tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca

- So Jangan Sampai Salah Memilih Ya!!! -

moral of the story.... dengar la cakap orang tua...


*http://www.ebookdahsyat.cjb.net a.k.a 'Tambahkan Cinta Kurangkan Benci'

Temukan Cinta Anda

Bila anda tak mencintai pekerjaan anda, maka cintailah orang-orang
yang
bekerja di sana. Rasakan kegembiraan dari persahabatan itu.
Dan,
pekerjaan pun menjadi menggembirakan.

Bila anda tak dapat mencintai rakan-rakan kerja anda, maka cintailah
suasana dan gedung kerja anda. Ini mendorong anda untuk bergairah
berangkat kerja dan melakukan tugas-tugas dengan lebih baik lagi.
Bila itu juga anda juga tak boleh lakukannya, cintai setiap pengalaman
pulang
dan pergi dari dan ke tempat kerja anda. Perjalanan yang
menyenangkan
menjadi tujuan tampak menyenangkan juga.

Namun, bila anda tak menemukan kesenangan di sana, maka cintai
apapun
yang bisa anda cintai dari kerja anda : tanaman penghias meja,
cicak di
atas dinding, atau gumpalan awan dari balik jendela. Apa saja.

Bila anda tak menemukan yang sesuatu yang anda cintai dari pekerjaan
anda, maka
mengapa anda ada di situ? Tak ada alasan bagi anda untuk
tetap bertahan.

Cepat pergi dan carilah apa yang anda cintai, lalu bekerjalah di sana.
Hidup
hanya sekali. Tak ada yang lebih indah selain melakukan dengan
rasa cinta
yang tulus.

*From the book 'Tambahkan Cinta Kurangkan Benci"

Hati yang Sempurna

Pada suatu hari ada seorang pemuda berdiri di tengah kota dan menyatakan bahawa dialah milik hati yang terindah di kota itu. ramai orang kemudiannya berkumpul dan mereka semua mengagumi hati pemuda itu, kerana memang benar-benar sempurna. Tidak ada satu cacat cela atau goresan sedikitpun di hati pemuda itu. pemuda itu sangat bangga dan mulai menyombongkan hatinya yang indah.

Tiba-tiba, seorang lelaki tua muncul dari kerumunan itu, lalu tampil ke depan dan berkata,
'Mengapa hatimu masih belum seindah hatiku?'

Kerumunan orang-orang dan pemuda itu melihat pada hati pak tua itu. Hati pak tua itu berdegup dangan kuatnya, namun penuh dengan bekas luka, dimana ada potongan hati yang diambil dan ada potongan yang lain yang tidak rata. bahkan, ada bahagian-bahagian yang berlubang kerana dicungkil dan tidak ditutup kembali. Orang-orang itu tercengang dan berfikir, bagaimana mungkin pak tua itu mengatakan bhawa hatinya lebih indah?
pemuda itu melihat kepada pak tua itu, memperlihatkan hati yang dimilikinya dan tertawa.

'Anda pasti bercanda, pak tua,' katanya.

Bandingkan hatimu dangan hatiku, hatiku sangatlah sempurna sedangkan hatimu tidak lebih dari kumpulan bekas luka dan cabikan.'

'Ya', kata pak tua itu.

'Hatimu kelihatan sangat sempurna meski demikian aku tak akan menukar hatiku dengan hatimu. Lihatlah, setiap bekas luka ini adalah tanda dari orang-orang yang aku berikan kasih kepadanya. Aku menyobek sebahagian hatiku untuk kuberikan kepada mereka dan seringkali juga mereka memberikan sesebek hati mereka untuk menutup kembali sobekan yang kuberikan. Namun kerana setiap sobekan itu tidaklah sama, ada bahagian-bahagian yang kasar, yang aamt aku hargai, kerana itu mengingatkan ku akan cinta kasih yang telah bersama-sama kami bahagikan. Adakalanya aku memberikan potongan hatiku begitu sahaja dan ornag yang kuberikan itu tidak membalas dengan memberi potongan hatinya. Hal itulah yang meninggalkan lubang-lubang sobekan memberikan cinta kasih adalag suatu kesempatan. Meskipun bekas cabikan itu menyakitkan, mereka tetap terbuka, hal itu mengingatku akan cinta kasih orang-orang itu, dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lubang-lubang itu. Sekarnag tahukah engkau keindahan hati yang sesungguhnya itu?'

Pemuda itu berdiri membisu dan airmata mulai mengalir di pipinya. Dia berjalan ke arah pak tua itu, menggapai hatinya yang begitu muda dan indah, lalu merobeknya sepotong.
Pemuda itu memberikan robekan hatinya kepada pak tua dengan tangan-tangan yang gementar. Pak tua itu menerima pemberian itu, menaruhnya di hati dan kemudian mengambil sesobek dari hatinya yang sudah amat tua dan penuh luka, kemudian menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu. Sobekan itu pas, tetapi tidak sempurna, kerana ada sisi-sisi yang tidak rata. Pemuda itu melihat ke dalam hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya kerana cinta kasih dari pak tua itu telah mengalir ke dalamnya. Mereka berdua kemudian berpelukan dan berjalan beriringan.

*story from book "Tambahkan Cinta dan Kurang Benci"

Sunday, February 8, 2009

Picisan Dunia Blog

This is my 1st time to write my own blog.....only a few days before my birthday. I not a good story telling even a good writer but i love read. Any kinds of books, articles or everything that can give something and very meaningful for livelihood.... so i create this blog because i want to share what I've read... i want to share with someone, somebody and who are interested...... because I'm only the 'picisan' dalam dunia blog..... semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan ilmu yang ada. I'm nobody but i love to share what i have because sharing is caring......