Tuesday, September 29, 2009

Teguran Di Bulan Ramadhan

Rasanya dah terlalu lambat tak meng'update' blog. Walaupun idea ada dan draf entry telah disiapkan namun penyudahnya ia hanya menjadi koleksi di My Document. Kekangan masa menjadi salah satu faktor Entry yang nak di post kan tidak kesampaian. Dan hari ini sedikit masa diambil untuk meng'post'kan satu entry yang ku kira agak penting untuk dikongsikan bersama-sama terutama perantau ke Sarawak. Semoga apa yang terjadi ini menjadi iktibar buat teman-teman semua.

Tahun ni adalah tahun pertama aku pulang beraya di kampung setelah 3 tahun beraya di UPMKB. Tiket dah ditempah awal-awal lagi bagi mendapatkan harga yang murah. Cuti pun bukan main lama lagi almaklumla mengambil kira cuti semester yang berkemungkinan takkan pulang ke kampung. Seronok tak terkata dapat pulang ke kampung menyambut hari lebaran.


Tetapi, hari demi hari tugasan semakin bertambah berkadar langsung dengan tekanan. Hari-hari yang dilalui makin lama menjadi tersangatlah sibuk dan ‘hectic’. Kadang kala bila mengenangkan final year project terasa menyesal pulak pulang terlalu lama. Kerja bertimbun-timbun tu belum di kira lagi. Jiwa semakin tertekan. Rasa macam dah tak nampak la berhari raya di rumah. Segala-galanya menjadi kabur. Serasa hati ini macam berat hati sahaja mahu pulang bercuti. Bukan tu je, warna ubah merah pun makin lama makin pudar warnanya. Matlamat menjadi makin sukar untuk dicapai.

Sepanjang Ramadhan sahaja aku telah beberapa kali di tegur,

‘Apsal nampak tak bersemangat je ni?,’ Tanya akak yang jual kat foodcourt.

‘Kenapa sedih je muke tu?,’ Tanya kak Siti, lab assistant di pagi hari.

‘Haii, jauh termenung?,’ tegur En.Make, pemangku Ketua Jabatan Sains Tanaman.

Tak bersemangat, sedih dan selalu termenung…….hmmmm

Letih sebenarnya.

Segalanya yang dilakukan pada semester ni semacam tak brape nak menjadi. Result test plak gaye macam orang yang tak study je. Rasa macam dah boleh jawab tapi biler result kuar….sedih dan mengecewakan……

Last assignment yang nak kena hantar adalah assignment pesticide. Frankly speaking, waktu tu aku rasa ini la kemuncak cabaran untuk aku. Entah kenapa terasa macam itulah assignment yang paling susah nak buat. Sangat tertekan nak menyiapkannya. Orang relax je dah boleh 20-30 page, aku terkial-kial nak siapkan 5 page. Dan siap juga akhirnya.

Dah settle sume kerja so kirenya dapatlah aku berehat dan bercuti dengan enaknya. Tapi hati ni macam berat pulak terasa tetiba macam tak boleh balik je….


Dan aku takkan lupe kajadian di pagi itu….


Aku rasa macam ada benda je yang kurang. Hmmm...otak cuba mencerna.


Alamak!


‘Aku tak jumpa DPT. Mana aku letak?’ haru. Baru pagi ni aku perasan aku terlupa DPT aku. kalau tak de DPT aku takkan dapat kuar daripada Sarawak dan dalam erti kata lain aku takkan dapat balik.


‘Macam mana kalau aku tak jumpa?’ mata dah terasa panas dah ni.


‘Ya Allah, macam mana ni, aku nak balik.’


Dan airmata bukan jalan penyelesaian.


Lalu aku menekan keypad telefon bertanyakan pendapat.

Cuba cari betul-betul, kat celah-celah beg ke’.

‘tak de’.

Cuba tanya En.Din’.

Camner nak cakap ngan En.Din ni. Suara pun nak taknak je kuar.

'Celah-celah beg ker?'

Call imegresen Airport’.


Lalu aku pun call la imegresen airport.


‘Encik, DPT saya hilang dan flight saya pagi ni, macam mane ye?’


‘Okey, awak pergi ke imigresen Bintulu dan mintak surat daripada dieorng untuk imigresen airport. Awak punye flight kul brape?’ kata pegawai imigresen airport.


‘Saya punye flight pagi ni kul 11.30. sempat ke encik?’ Tanya aku.


‘Sempat,’ kata pegawai tu.


‘ok terima kasih encik’.


Lalu aku kemas pe yang patut dan bawak la pe yang aku ade. Dengan motor cik yanti aku redah hujan renyai-renyai menuju ke imigresen Bintulu. Aku kene cepat sampai sebab masa tu dah hampir kul 8.30 pagi.


Di Imigresen.


‘Kak, saya punye DPT dah hilang dan saya kena balik hari ini. saya ada call imigresen airport dan kata saya boleh mintak surat daripada sini’.


‘Flight awak kul brapa? Bila DPT awak hilang?’ Tanya cik kaunter imigresen.


‘Kul 11 pagi. Pagi tadi baru saya sedar’.


‘Awak tukar flight awak petang boleh sebab pegawai tak de sekarang’.


‘Kalau saya tukar, saya kena bayar lagi. Mana boleh saya tukar kak. Pihak airport mintak surat je’.


Sebak rasanya.


‘Ye la nak mintak surat tu, bos saya yang kena luluskan. Tu pun terpulang pada dia. Awak dah buat report polis dah? mesti nak kena ada statement tu. Pape hal pun awak pergi buat report polis dulu’.

Lalu bergegas la aku ke balai polis yang berhampiran.


Aku memberitahu perkara yang sama kepada pegawai polis yang bertugas.


‘Awak kene pergi balai polis dekat Medan sana sebab kat sana pakai komputer cepat sikit. Kat sini pakai mesin taip esok la baru awak baru leh dapat report tu. Lagipun kalau awak buat report kat sini nanti awak kena bayar kat sana jugak,’ bagitau pegawai polis yang bertugas.


‘Ya Allah’. Jam dah kat pukul 9 ni. Mata dah berkaca-kaca dan tak boleh nak bercakap dah. aku angguk je la.


‘Awak buat report kat sini pastu awak datang sini balik minta cop kat sini, cepat sikit. Nanti saya call pegawai kat sana. Sapa nama awak?’ sambung polis tu lagi.


Dan selepas aku memberi namaku tanpa membuang masa aku terus bergegas ke balai polis Medan dan dalam hujan renyai-renyai itu aku merempit.


Di balai polis Medan.


‘huh. Nasib baik orang tak ramai tapi kat kaunter ade orang lagi. Aduh cepat la’

‘K.ya kitorang gerak dulu. Semua orang dah ade. K.ya sorang je lom ada. Saya dah bagitau kat jamil suruh tunggu k.ya. nanti kalau dah setel k.ya msg jamil je.’

Begitu la mesej dari Yanti.

Kaunter dah kosong. Tanpa berlengah lagi aku terus ke kaunter.


‘Dik, amik nombor dulu ye. Bukan pe untuk rekod kami. Tekan je dik,’ pinta polis yang bertugas.


‘Adoi la. Macam-macam la’.


Dan lepas tu aku bgtau perkara yang sama macam yang aku bagitau kat polis ngan imigresen sebelum ni.


Dan pakcik polis tu pun tolong aku mengarang cerita tuk report aku.

‘k.ya kiteorang check-in dulu’ lapor yanti. [adoi makcik ni susah-susah je buat laporan]

‘ok lepas ni awak gi bayar dulu kat bangunan sana ye,’ bagitau pak cik polis tu.


‘Lepas tu saya kene datang balik ke sini ke?’ Tanya aku.


‘Hmm..ye la. Awak nak balik nantikan?’.

Dan lepas buat pembayaran aku datang balik ke one-stop centre tu.


‘Awak duduk dulu ye. Tunggu pegawai kejap. Dieorang tengah meeting sekarang ni’, bagitau polis tu.


‘Isk ni tak leh jadi ni. Kalau tunggu tak tau bile tu pegawai abis meeting.’


‘Macam ni la encik, tadi saya dah ke balai polis kat sane. Pegawai kat sana bagitau suruh saya buat report kat sini dan mintak cop kat sana,’ bagitau aku.


‘Hmm…boleh jugak kalau macam tu,’ kata polis tu sambil menghulurkan report aku.

Dan tanpa melengahkan masa lagi aku terus memecut motor ke balai polis yang satu lagi.

Sampai je terus aku hulurkan report tadi. Dan mase terus berlalu.


‘Duduk dulu. Tunggu kejap ye, pegawai saya tengah tandatangan tu. Flight kul brape? Tanya pakcik polis.


‘kul 11.30 pagi ni,’ jawab aku.


‘Ni nak balik raye la ni. Nak balik mane? Orang semenanjung?’


Aku hanya mampu mengangguk je sambil berharap ‘cepat la siap. Masa terus bergerak. Jam dah menunjukkan kul 9.30 dah. Sempat ke?

Dan akhirnya selesai jugak urusan di balai polis. Terus je aku menuju ke arah motor.

Rasanya masih sempat lagi ni. Tapi motor pulak tak hidup. Penat aku cuba meng ‘start’nye tak nak jugak die hidup. ‘aduh motor hidup la, jangan la wat aku cam ni’.


Dengan lafaz Bismillah aku cube lagi skali. Fuh, Alhamdulillah mau jugak die hidup! Terus aku pecut ke imigresen.


Di imigresen…


Aku terus menghulurkan apa yang patut.


‘Awak de bawak pas pelajar x?’ Tanya akak yang jaga kaunter tu.


Aku terpinga-pinga lagi.


Ala yang biasenye ber ‘laminate’ tu,’ terang akak imigresen tu lagi.


‘Kad matriks ke?’ Tanya aku.


Dan aku hulurkan je pape yang aku dah bawak termasuk la kad matriks. Nasib baik pas pelajar tu aku masih lagi simpan dan jumpe sebelum aku datang sini tadi.


‘Awak de bawak tiket tak,’ Tanya akak tu lagi.


Aku hanya menggeleng-geleng. ‘Saya beli online so memang tak de tiket tu’.


‘Tapikan die selalu de bagi salinan tu?’ Tanya imigresen tu lagi.


‘Saya tak print mende tu,’ kata aku lagi. Aku dapat melihat air muka dieorang yang semakin keruh.


Dan waktu tu aku rasa harapan makin kabur.


‘Tak pe awak isi boring ni dulu’.


Dengan tangan menggigil aku isi borang itu. Dan aku menanti lagi.

Jamil pun dah bertolak. Lagipun masa tu dah dekat pukul 10 pagi. Tak pe la lagipun aku memang bercadang untuk amik teksi je ke airport. Hmmm…..tu pun kalu sempat.

Tetiba akak imigresen yang tolong aku dari awal datang.


‘bila lagi DPT awak tu hilang? Kenapa tak check awal-awal? Lain kali seminggu sebelum balik dah kene check dan pastikan mende tu ada,’ membebel akak tu. Dan aku hanya diam tak terkata apa. Sabar je la. Memang salah aku.


‘Awak tukar flight ke petang tak boleh ke?’ Tanya akak tu lagi.


‘Rasenye kene bayar RM50 je,’ makcik mane ntah yang tolong jawab tuk aku.


‘Kak, kalau saya tukar flight ke petang, sama la macam saya beli tiket baru kak,’ jawabku.


Mak cik yang menyampuk tadi bercakap-cakap pasal tiket tu lagi ngan makcik yang sorang lagi. Aku tak kuasa nak menyampuk dah.

Setelah menanti beberapa minit, aku diminta isi satu lagi borang. Dan tunggu lagi..


Tik tok tik tok tik tok………


Jam dah tunjuk kul 10.10 pagi. ‘Ya Allah, tolong aku’.


‘Dik, de bawak gambar tak?’ Tanya imigresen lagi.


‘Adoiii, Gambar?’ dan aku hanya menggeleng.


‘Ni nak kene gambar jugak ni. Awak pergi amik gambar kejap kat depan tu kejap,’ syor imigresen tu.


‘Ya Allah, memang takkan sempat la’. Kata hatiku. Dah air mata tumpah lagi.


‘Kak, tolong la kak. Tak sempat kak, kaunter tutup kul 10.45 pagi kak.’


‘Sempat. Kejap je ni nak kene wat DPT baru nak kene gambar jugak. Nak 2 keping gambar ni’.


‘Kak, saya takkan sempat kak. Memang tak sempat. Tolong la kak. Saya de call imigresen airport.


Dieorang kata saya cume perlu mintak surat daripada imigresen kat sini saja. Bila saya tanye perlu buat DPT, die kate tak perlu nanti panjang pulak critenye. Tolong la kak.’


‘Sape yang bagitau awak?’ Tanya akak tu.


‘Saya tak tau kak. Tapi memang saya call die sendiri.’


Dan waktu itu ade 4 pasang mata imigresen yang sedang memandang aku.

Dan mereka bercakap sesame sendiri.

Dalam hati aku berkata, ‘cepat la….tak sempat nanti.’

Dan mereka cube membuat panggilan ke imigresen airport.

Dan aku terus menanti dengan masa yang terasa begitu cepat bergerak.

Tik…tok…tik…tok….tik…tok….jam dah menunjukkan 10.20 pagi.

Aku takkan sempat. Terasa waktu itu mau sahaja aku meninggalkan pejabat imigresen ini sekarang dan pergi ke mana sahaja untuk menghaburkan segala-galanya.

‘Dik, awak amik surat ni dan awak terus ke airport sekarang ye!’.


Aku hanya mengangguk walaupun terasa dah tak berdaya nak melangkah lagi.


‘terus ke airport ye!’


‘Habis tu beg aku cam ner? Takkan aku nak pergi sehelai sepinggang je?’ monolog aku dalam hati. Aku melihat jam. 10.25 pagi.


Aku terus bergerak dan sesampai di medan aku terus mendapatkan teksi.


‘Pakcik sempat tak ke airport dalam masa 15 minit?’ Tanya aku pada pak cik driver.


Sambil melihat jam di tangan pak cik itu berkata, ‘sempat kalu bawak laju sikit.’


‘ok kalau macam tu boleh pakcik ke UPM sekarang? Saya tunggu pak cik. Saya kene sampai sebelum pukul 10.45 pagi. Pak cik tunggu depan klinik ye?’.


Dan aku terus memecut ala-ala menunggang kude pun ade rasanye. [tau-tau je la jalan UPM bila bawak laju]. Aku cume berharap agar tidak berlaku pape yang tidak di ingini sahaja.

Sampai sahaja di depan klinik terus aku naik ke bilik dan mengambil segala barang-barang aku. lagi 10 minit sebelum 10.45 pagi. Aku hanya tawakkal je. Biarpun aku rasa aku takkan sempat sampai pukul 10.45 pagi dan takkan sempat untuk check-in. papehal biarlah aku sampai ke airport dulu. Lain-lain aku akan fikir kemudian.

Dan dalam teksi aku aku hanya fikirkan satu bende sahaja.


‘Apalah alasan yang aku patut bagi kat mak aku?’


Dan aku telah mula membayangkan apakah yang bakal terjadi andai aku tak pulang beraya. Dalam kepala aku dah mula merancang apa aktiviti yang aku akan lakukan jika aku terpaksa beraya di bilikku.


Pakcik teksi pun nampak macam risau lak tengok aku. Die pula gaya macam dah tak senang hati. Dan kereta terus meluncur laju menuju destinasi.


Menghampiri airport jam telah menunjukkan 10.54 pagi.

Dan aku perlu pasrah dan redha dengan apa yang bakal berlaku nanti.

Masihkah ada sinar harapan untukku?


Di airport.


‘Cepat. Kamu pergi masuk dulu. Beg kamu nanti saya tolong angkat untuk kamu,’ arah pakcik drebar.


Dan aku hanya mampu mengangguk.


‘Tu ade ramai lagi orang tu. Mesti sempat punya,’ tambah pakcik drebar lagi untuk menyedapkan hatiku yang semakin tak keruan.


‘Nanti saya bayar duit pakcik ye.’


Dan aku terus melangkah sepantas yang mungkin untuk ke kaunter.

Alhamdulillah aku nampak kelibat Ayu, Bill, Jamil dan barisan yang memungkinkan aku untuk diberi kesempatan untuk check-in.


Setelah selesai semua urusan, aku berasa sangat lega. Sokongan dari teman-teman yang menanti di airport mampu mengendurkan segala otot-otot dan urat yang menegang dengan apa yang telah berlaku.

Ketika kaki melangkah untuk masuk ke balai pelepasan aku menyedari,


'INILAH TEGURAN DARI ALLAH UNTUK AKU'


- Bersyukur dan hargai setiap kesempatan yang diberikan.

-Jangan terlalu mudah menyerah selagi belum sampai ke penghujungnya.

-Yakin la dengan setiap ketentuan Allah untuk hamba-hambaNya.


p/s :

Thanx a lots to all my frens yang tak putus-putus berdoa dan memberi cadangan padaku. Sokongan korang jugak yang telah membulatkan tekad aku untuk bergolek-golek.

Sebelum balik mesti mau periksa dokumen-dokumen penting at least seminggu sebelum balik agar tidak menjadi huru hara macam aku.

Dan kepada Cik Raihan: If u read this entry, please don't tell anybody especially family members.

*DPT - Dokumen Perjalanan Terhad