Tuesday, July 21, 2009

Pahitnya peria......

Situasi 1

'K.ya nak makan pe?' tanya Ica.
hmmm....
Banyak sangat pilihan yang ade di depan mata walaupun tiap-tiap hari pilihan yang terbentang dalam tray adalah lauk yang sama.

'Mak cik, bagi saya nasi separuh, ayam goreng dengan peria tu, tapau ye.' Pilihan tengahari itu untuk mengisi perut yang dah menyanyi-nyanyi setelah memerah otak dalam kelas tadi.

'K.ya makan peria? Pahit la sayur tu.' kata Ica.

'Sedap sayur ni,' sampuk mak cik yang jual nasi tu.

Aku sengih je. 'Makcik, kalau tak sedap boleh pulangkan balik tak?' gurauku.

Senyum je mak cik tu sambil kata, 'Mesti sedap punye la'.


Situasi 2

'Nampak macam sedap la plak aku tengok budak-budak ni makan,' kata hati kecilku.

'Tikah bak sini sikit, nampak macam sedap je,' pintaku pada Cik Tikah Kelawar.

'Ya Allah, apsal pahit ni, pucuk paku pun pahit ke,' kataku sambil menahan rasa pahit dalam mulut. Nak buang tak sampai hati. Telan je la. Selama ni aku makan pucuk paku sedap je, tak de pulak rasa pahitnya.

'La kan dalam tu ade skali ngan pucuk betik memang la pahit. Kan Tikah dah cakap tadi. K.ya tak pernah makan ke?'

'La ye ke? tak dengar pun.' balas ku. Mane la aku pernah makan pucuk betik. Menu pucuk betik+pucuk ubi kayu nampak menyelerakan tapi memang giler pahit.

'Memang la pahit tapi sedap ni, bagus skali untuk orang perempuan,' tambah kak Sum, tukang masak menu tu.

'Makan lagi la, sedap ni,' kata Kak Sum.

'Udah kak. Tak tertelan saya. Pahit sangat,' kataku.

Hari tu hari Ahad, kitaorang bawak bekalan makanan dari rumah dan berkelah di kebun. Kami kongsi makanan ramai-ramai dengan Kak Sum, Kak Ririn, Bang Budi sama Pak Takim, perantauan dari Batu Malang.


Topik kali ni bukan nak cerita pasal aku gi makan kat Foodcourt UPMKB ataupun aku berkelah di Kebun Epal......


Tapi apa yang nak dikongsikan disini adalah rasa PAHIT. Dulu masa kecik-kecik dulu aku sangat tak suka makan makanan yang rasa pahit. Peria tu aku baru tahu bentuk pun masa kat UPMKB ni la. Itupun sebab kengkawan aku suka sangat makan.

Ramai orang tak suka makan peria sebab rasenye yang PAHIT.
Ramai yang tak suka minum kopi tanpa gula sebab rasanya yang PAHIT.
Ramai tak suka makan ubat sebab rasanya PAHIT.
Dan aku tak suka makan pucuk betik sebab rasanya PAHIT.

Aku tak ingat sejak bila aku mula makan peria. Memang rasanya pahit. Tapi disebalik rasa pahit ada sesuatu yang aku boleh rasakan dan di implementasikan dalam kehidupan aku.
Dalam sehari-hari kita makan sampai 6-7 kali sehari, berbagai rasa yang akan kita rasa. Ada manis, ada pahit, ada masin, ada masam ada pedas dan ada yang secukup rasa.

Macam tu juga dalam hidup kita.
Peria memang pahit rasanya. Tapi aku selalu makan bersama-sama dengan nasi dan ayam goreng. Nasi rasanya tawar + ayam goreng rasanya sedikit masin+peria yang pahit= sedap jugak. Tak terasa pahitnya peria, masinnye ayam goreng dan tawarnya nasi. Macam tu jugak dalam kehidupan kita. Memang dalam kita mengembara, pasti kita akan mengalami peristiwa pahit yang sukar untuk kita lupakan. Segala-galanya kita telan sendiri. Pahitnya kadang kala membuatkan ada orang ingin tamatkan saja riwayat yang masih ada. Nauzubillah mintak dijauhkan oleh Allah SWT. Tapi kalau kita berkongsi kepahitan itu bersama-sama nasi dan ayam goreng, biarpun masih terasa pahitnya tapi tidak sepahit jika kita hanya makan peria semata-semata. Ayam goreng dan nasi putih itu boleh diumpamakan seperti keluarga dan sahabat.

Biar seteruk mana pun kita, mak ayah kita masih sayangkan kita. Keluarga adalah pemberi semangat yang terbaik di dunia ini. Hilang mereka tiada penggantinya. Hargailah mereka. Hanya mereka sahaja yang sanggup bersama-sama kita dikala kita kehilangan arah.

Sahabat sejati pula adalah teman setia yang akan sentiasa bersama-sama kita suka dan duka, susah dan senang. Bersyukur la pada yang dikurniakan sahabat sejati. Rugilah pada sesiapa yang telah meninggalkan 'dia' dan teruskan lah mencari pada yang belum menemuinya. Dia pasti ada disitu hanya menanti dijemputmu. Melihat dengan mata hati dan kau akan temuinya.

Pahit itu ubat.
Ubat untuk penyakit 'lupa diri'.
Kadang kala DIA menurunkan ujian supaya kita kita lebih dekatNYA. Itu tanda DIA sayang dan rindukan kita menyebut namaNYA.
Wallahualam.......


Sharing is Caring.........