Friday, October 1, 2010

Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan Special

Sejak-sejak akhir ini aku sedang menonton KCB versi drama. Ingatkan pendek je rupanya boleh tahan juga panjangnye. 56 EPISOD!! Penatnye nak menonton sebab online. Nak tunggu loading lagi. Fuh mau berpeluh nak mengabihkannya.

Boleh tahan jugak la versi drama ini. Sambungan daripada KCB 1 dan KCB 2. Kalau KCB 1 pasal kehidupan Azzam di Cairo, KCB 2 pula pasal cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Azzam dalam mencari jodoh. Dan boleh dikatakan KCB versi ini adalah tentang ujian yang terpaksa diharungi oleh Husna, adik Azzam dalam mencari jodoh.

Disebabkan drama ini lebih panjang berbanding filem sebelumnya, KCB kali ini lebih memperincikan tentang adik-adik Azzam iaitu Ayatul Husna, Lia dan Sarah.

KCB Ramadhan Special.........



AZZAM – kehidupan Azzam sebagai suami kepada Anna. Banyak sekali dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Azzam apabila dia diamanahkan oleh Kiai Lutfi, bapa Anna untuk menangani dan menguruskan pesantren. Dugaan Azzam sebagai suami tidak kurang hebatnya dengan di uji dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan dan juga sifat Anna yang terlalu cemburu dan berprasangka buruk. Azzam juga dalam masa yang sama terpaksa menjaga 3 orang adik perempuannya dan menangani masalah yang dihadapi oleh Husna dalam mencari jodoh yang terbaik untuk adiknya.

ANNA ALTHAFUNISSA – bersama-sama dengan Azzam dalam menjaga pasentren sepemergian Kiai Lutfi ke Mekah. Sebagai seorang isteri Anna tidak terlepas dengan sifat cemburu apabila ada perempuan menghampiri suaminya. Fitnah yang dilemparkan kepada Azzam juga menyebabkan Anna hampir sahaja meminta cerai dengan Azza. Kadang-kadang terasa geram dengan sifat cemburu Anna ini tapi ini juga mungkin kerana rasa risau dirinya akan dimadukan oleh Azzam akibat daripada penyakit yang dihadapinya yang mengurangkan % untuk Anna mengandung. Ya, isteri mana yang tidak sedih apabila gagal memberi zuriat kepada suaminya.

Salah satu babak dalam KCB SR


FURQAN – wah, suka sekali tengok Furqan dalam KCB kali ini berbanding KCB yang sebelumnya. Dia kelihatan lebih matang dan semakin ’smart’. Sekarang dia sudah menjadi usahawan yang berjaya. Masih bujang kerana sukar melupakan Anna dan ingin mencari isteri yang setanding Anna. Tapi setelah kenal dengan Husna (Furqan telah membeli stesen radio JPMI tempat Husna bekerja) hati nya terpaut pada Husna dan mengkhitbahnya melalui Azzam tetapi mendapat halangan daripada ibunya yang mengharapkan Elliana menjadi sebagai menantunya.Berjayakah Furqan mencari pendamping diri? 


ELLIANA – sudah menutup aurat tetapi masih aktif dengan kegiatan lakonannya. Menjadi rapat dengan keluarga Azzam dan juga Furqan. Masih sendiri. Pernah difitnah dengan Azzam akibat daripada kemalangan yang dihadapi. Menjadi calon menantu pilihan ibu Furqan. Tetapi mahukah Furqan menerima Elliana?


AYATUL HUSNA – masih ingat pada ustaz Elyas yang pernah menkhitbah Husna dalam KCB 2? Kepulangan ustaz Elyas membawa berita duka apabila dia ditunangkan dengan orang lain begitu merobek hati Husna yang menaruh harapan yang tinggi pada Elyas. Luka yag dihadapi sukar sembuh kerana terpaksa menghadapi ustaz Elyas setiap hari kerana mereka sama-sama menjadi tenaga pengajar di Pesantren Darul Quran. Kematangan dan kebijaksanaan Husna dalam menghadapi hari-hari yang dilaluinya juga begitu terserlah sehingga memikat hati Furqan. Namun agak mengejutkan apabila Husna berhenti kerja di JPMI sehingga menimbulkan kekecohan dan keenganan Husna kembali ke JPMI membuatkna stesen radio itu hampir muflis. Bagaimana Husna menangani masalah dalam mencari jodoh? Adakah dia akan menerima Furqan atau masih mengharapkan Elyas yang telah menjadi tunangan orang?

QONITA – ustazah kepada Sarah yang membantu Sarah menghafal Al-Quran. Dia telah dipinjamkan ayahnya yang juga pemilik pesantren tempat Sarah belajar untuk bersama-sama membantu Azzam dan Anna sebagai tenaga pengajar di Darul Quran. Cantik bangat dong. Masih bujang dan berusaha mencri jodoh. Anna menjadi sangat cemburu kepada Qonita apabila gosip yang mengatakan qonita adalah isteri kedua Azzam tersebar luas. Hal ini amat menganggu Anna tambahan pula dengan keadaannya yang sukar untuk mengandung. Adakah Qonita benar-benar akan menjadi isteri kedua Azzam?


Sarah pula sudah kembali bersatu dengan ahli keluarganya yang lain dan sangat rapat dengan Qonita. Oh, Ustaz Mujab juga sudah kembali ke Indonesia untuk sama-sama membantu di pesantren.

Ow ow ow walaupun belum habis lagi menontonnya tapi saya sudah tahu pengakhirannya. Dan kelihatannya seperti ada Fadhil (kawannya Azzam ketika di mesir yang mempunyai seorang adik, Cut Mala dan patah hati kerana gadis idamannya berkahwin dengan orang lain) tapi kurang pasti adakah benar dia?

Hah? Macam mana tahu? Ish cerita tu panjang sangat dan makin tengok makin geram sebab nak tahu cam mana akhirnya jadinya saya gagal menahan diri daripada melihat episod akhirnya supaya hati ini menjadi lebih tenang. Hahahhaha. (terpaksa tengok ikut turutan sebab nak tahu betulkah itu fadhil? Ish lambat pula dia ni muncul)....

 ow..ow..ow lagi satu saya sangat suka melihat pakaian mereka. jubah-jubah mereka sangat cantik.

Sekian.

Wednesday, September 22, 2010

I'm Stressful

Dah 4 bulan lebih dan bakal masuk 5 bulan dah aku duduk rumah je. Application kerja semua tak jalan. Tak ada rezeki lagi la nampaknya.
Semakin lama semakin tertekan.
Berat badan yang semakin bertambah. (Yes, I'm really stress about this)
Soalan-soalan yang sangat membosankan saya,
'Nak wat pe lepas ni?',
'Tak nak sambung belajar ke?',
'Nape tak cari kerje sementara dulu ke?'

Ya, saya dah bosan mendengar soalan-soalan seperti itu.

Ya, saya memang mau sambung belajar TAPI I really need to prepare myself. It not easy to me continue the study because i'm not ready yet. (but now it look like i'm ready to the challenge BUT maybe in the same time because i'm super duper bored in home).

Ya, saya memang nak kerja tapi tak ada orang nak amik saya kerje. :)

I can fell that my parents start worried about me.

In the deep of my heart I'm also worried about myself.

It's become more stressfull when I'm pretend everything is fine. Just fine.
But...... by the end it not fine. I't become worst.

Wednesday, July 28, 2010

Di Saat Tanggungjawab Bertukar Tangan


Sebak. Terharu. Dada terasa sesak. 

Air mata yang bertakung menunggu masa untuk tumpah mengalir di pipi yang gebu.


Itulah yang dapat aku rasakan apabila melihat detik-detik di kala seorang bapa melepaskan tanggungjawabnya terhadap seorang anak perempuan kepada sang suami untuk dijaga dan disayangi.



Ah, masa berlalu dengan pantas seolah-olah baru semalam bayi perempuan itu di iqamahkan di telinganya. Hari ini anak perempuan itu sudah pun bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami dan bakal menjadi ibu kepada anak-anak yang comel. Meskipun berat untuk melepaskan anak perempuan kesayangannya, tentuan Ilahi telah mencatatkan hari ini anak itu perlu dilepaskan untuk membina mahligai impiannya.


Suasana agak sebak semasa si bapa menepung tawar anak perempuannya apabila si bapa tidak dapat menahan sebak ketika memeluk anak perempuannya dan menantunya. Aku juga merasakan perkara yang sama ketika melihat dia cantik berpakaian pengantin melihatku dengan senyuman yang manis. Aku menumpang bahagia melihat dia bahagia. Kerana dia sudah seperti adik beradikku sendiri. Mungkin aku juga akan berasa begitu apabila adik beradik perempuanku membina mahligia impian kelak. Semoga berbahagia sahabatku.

 
Anak perempuan itu menjadi teman sepermainanku di zaman-zaman kanak-kanak dan kami bersekolah tadika bersama-sama sehingga aku mengikut keluargaku berpindah di daerah yang berlainan. Kemudian kami bersama-sama menongkah badai bersama-sama meneruskan cita-cita di tingkatan 6. Dia adalah teman, sahabat merangkap sepupuku yang paling aku rapat. Tanggal 23 Julai 2010, Nor Huzaima bt. Tam selamat bergelar seorang isteri kepada jejak pilihannya, Sapa. 



 Congatulation, Emma. Hope you be a good wife and good mom. May Allah bless your wedding



Thursday, July 22, 2010

Anak ini

Terasa diri ini manusia yang bukan lagi berfungsi sebagai manusia.

Memiliki kesihatan tapi di sia-siakan.
Memiliki masa yang banyak tapi dibazirkan.

Kerdil dan hina sungguh diri ini.

Tidak menjadi hamba yang baik kepada PenciptaNya.

Tidak menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Bukan sahaja tidak melakukan apa-apa pun yang boleh menyenangkan hati tua itu malah sering kali membuatkan mereka berkecil hati pada anak yang sorang ini. Kesian mok dan aboh. Anak ini bukan anak yang baik. Banyak sungguh dosa anak ini kepada orang tuanya yang begitu bersusah payah sejak berada dalam kandungan lagi.

Anak ini juga tidak menjadi seorang kakak dan adik yang baik kepada abang-abangnya, kakak-kakaknya dan adik-adiknya juga.

Anak ini juga gagal untuk menjadi seorang emak saudara yang baik kepada anak-anak saudaranya yang comel dna bijak.

Anak ini juga gagal menjadi teman dan sahabat yang baik kepada kawan-kawannya.

Anak ini juga tidak menyumbangkan apa-apa pun kepada masyarakat, negara dan agamanya.

Anak ini memiliki segala yang diimpikan oleh orang lain tetapi dia telah mensia-siakannya.

Anak ini terlalu mementingkan diri sendiri dan perasaannya tanpa memperdulikan orang disekelilingnya.

Anak ini telah gagal menjadi seorang manusia yang berguna pada usia yang masih muda dan sihat.




Tetapi anak ini masih mempunyai kesempatan selagi maut belum menjemputnya. Anak ini memerlukan keberanian dan keyakinan diri sahaja untuk mengorak langkah yang sehingga kini masih belum ditemuinya.

Semoga dia akan menjadi seseorang.

Bersyukur dengan apa yang ada

Sedih, kecewa dan bermacam rase bergaul mesra membuatkan hati terasa mengelodak kuat dalam lautan jiwa kehampaan.


Aku tak kisah tak dapat pakai barang yang mahal-mahal. Tak dapat yang cantik pun tak pe. Yang penting keikhlasan orang yang memberi. Kesusahan, kesulitan yang dilalui dan kesungguhan untuk membeli atau membuat barang yang diberi itu oleh orang yang memberi perlu dihargai. Itu sudah cukup untuk aku merasakan bahawa itulah pemberian yang paling mahal dan cantik mengatasi barang yang diberi. Aku perlu bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih memilikinya.

tell me what should I do to fix the wrong thing?
tell me what should I do to make you happy?
tell me what should I do to make your smile?
I will do anything as long as i can...

p/s: Mendidik diri agar tidak dikuasai dengan keindahan dunia semata-mata.

Merapu Meraban

Kadang-kadang aku terfikir atau aku merasakan adakah ayat aku sama ada semasa aku bercakap atau tulis di wall Fb itu terlalu complicated untuk difahami atau aku telah membuatkan orang tersalah tafsir apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan. Atau mungkin terlalu banyak kiasan dalam ayat.

Tapi bila direnungkan balik, memang sengaja ayat itu dibuat dalam bentuk kiasan. Sengaja ianya tidak dibuat 'direct' kepada maksudnya sebenarnya supaya manusia itu boleh berfikir. Kalu positif yang dia fikirkan maka positif la maksud yang sampai padanya tapi kalau negatif yang dilihatnya maka negatif la yang sampai padanya.

I write what I'm thinking. I can't force other people to accept or to think like me. Terasa macam orang tak faham apa yang fikirkan ataupun aku yang tak faham apa yang aku fikirkan? Tak kisah la apapun. Asalkan aku masi lagi menggunakan otak untuk berfikir. Tak perlu pun untuk orang memahami.

Sekian sahaja merapu kali ini.

Friday, June 11, 2010

Kembali berkarya

Such a long time I didn't open or update or both. There something happen to my blog where I don't how to fixed it until it fixed itself. How? I also don't know. But the most important now i need to restructure it (itu pun kalu aku rajin la). And the second thing that i not update or fixed it because o too busy with my final year project + no mood to post something + internet slow (when i have the mood).

So, this post will be the beginning.......
because i've a lot of stories to write...(and again kalu aku rajin and ada mood)