Terasa diri ini manusia yang bukan lagi berfungsi sebagai manusia.
Memiliki kesihatan tapi di sia-siakan.
Memiliki masa yang banyak tapi dibazirkan.
Kerdil dan hina sungguh diri ini.
Tidak menjadi hamba yang baik kepada PenciptaNya.
Tidak menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Bukan sahaja tidak melakukan apa-apa pun yang boleh menyenangkan hati tua itu malah sering kali membuatkan mereka berkecil hati pada anak yang sorang ini. Kesian mok dan aboh. Anak ini bukan anak yang baik. Banyak sungguh dosa anak ini kepada orang tuanya yang begitu bersusah payah sejak berada dalam kandungan lagi.
Anak ini juga tidak menjadi seorang kakak dan adik yang baik kepada abang-abangnya, kakak-kakaknya dan adik-adiknya juga.
Anak ini juga gagal untuk menjadi seorang emak saudara yang baik kepada anak-anak saudaranya yang comel dna bijak.
Anak ini juga gagal menjadi teman dan sahabat yang baik kepada kawan-kawannya.
Anak ini juga tidak menyumbangkan apa-apa pun kepada masyarakat, negara dan agamanya.
Anak ini memiliki segala yang diimpikan oleh orang lain tetapi dia telah mensia-siakannya.
Anak ini terlalu mementingkan diri sendiri dan perasaannya tanpa memperdulikan orang disekelilingnya.
Anak ini telah gagal menjadi seorang manusia yang berguna pada usia yang masih muda dan sihat.
Tetapi anak ini masih mempunyai kesempatan selagi maut belum menjemputnya. Anak ini memerlukan keberanian dan keyakinan diri sahaja untuk mengorak langkah yang sehingga kini masih belum ditemuinya.
Semoga dia akan menjadi seseorang.

No comments:
Post a Comment