Sejak-sejak akhir ini aku sedang menonton KCB versi drama. Ingatkan pendek je rupanya boleh tahan juga panjangnye. 56 EPISOD!! Penatnye nak menonton sebab online. Nak tunggu loading lagi. Fuh mau berpeluh nak mengabihkannya.
Boleh tahan jugak la versi drama ini. Sambungan daripada KCB 1 dan KCB 2. Kalau KCB 1 pasal kehidupan Azzam di Cairo, KCB 2 pula pasal cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Azzam dalam mencari jodoh. Dan boleh dikatakan KCB versi ini adalah tentang ujian yang terpaksa diharungi oleh Husna, adik Azzam dalam mencari jodoh.
Disebabkan drama ini lebih panjang berbanding filem sebelumnya, KCB kali ini lebih memperincikan tentang adik-adik Azzam iaitu Ayatul Husna, Lia dan Sarah.
KCB Ramadhan Special.........
AZZAM – kehidupan Azzam sebagai suami kepada Anna. Banyak sekali dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Azzam apabila dia diamanahkan oleh Kiai Lutfi, bapa Anna untuk menangani dan menguruskan pesantren. Dugaan Azzam sebagai suami tidak kurang hebatnya dengan di uji dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan dan juga sifat Anna yang terlalu cemburu dan berprasangka buruk. Azzam juga dalam masa yang sama terpaksa menjaga 3 orang adik perempuannya dan menangani masalah yang dihadapi oleh Husna dalam mencari jodoh yang terbaik untuk adiknya.
ANNA ALTHAFUNISSA – bersama-sama dengan Azzam dalam menjaga pasentren sepemergian Kiai Lutfi ke Mekah. Sebagai seorang isteri Anna tidak terlepas dengan sifat cemburu apabila ada perempuan menghampiri suaminya. Fitnah yang dilemparkan kepada Azzam juga menyebabkan Anna hampir sahaja meminta cerai dengan Azza. Kadang-kadang terasa geram dengan sifat cemburu Anna ini tapi ini juga mungkin kerana rasa risau dirinya akan dimadukan oleh Azzam akibat daripada penyakit yang dihadapinya yang mengurangkan % untuk Anna mengandung. Ya, isteri mana yang tidak sedih apabila gagal memberi zuriat kepada suaminya.
![]() |
| Salah satu babak dalam KCB SR |
FURQAN – wah, suka sekali tengok Furqan dalam KCB kali ini berbanding KCB yang sebelumnya. Dia kelihatan lebih matang dan semakin ’smart ’. Sekarang dia sudah menjadi usahawan yang berjaya. Masih bujang kerana sukar melupakan Anna dan ingin mencari isteri yang setanding Anna. Tapi setelah kenal dengan Husna (Furqan telah membeli stesen radio JPMI tempat Husna bekerja) hati nya terpaut pada Husna dan mengkhitbahnya melalui Azzam tetapi mendapat halangan daripada ibunya yang mengharapkan Elliana menjadi sebagai menantunya.Berjayakah Furqan mencari pendamping diri?
ELLIANA – sudah menutup aurat tetapi masih aktif dengan kegiatan lakonannya. Menjadi rapat dengan keluarga Azzam dan juga Furqan. Masih sendiri. Pernah difitnah dengan Azzam akibat daripada kemalangan yang dihadapi. Menjadi calon menantu pilihan ibu Furqan. Tetapi mahukah Furqan menerima Elliana?
AYATUL HUSNA – masih ingat pada ustaz Elyas yang pernah menkhitbah Husna dalam KCB 2? Kepulangan ustaz Elyas membawa berita duka apabila dia ditunangkan dengan orang lain begitu merobek hati Husna yang menaruh harapan yang tinggi pada Elyas. Luka yag dihadapi sukar sembuh kerana terpaksa menghadapi ustaz Elyas setiap hari kerana mereka sama-sama menjadi tenaga pengajar di Pesantren Darul Quran. Kematangan dan kebijaksanaan Husna dalam menghadapi hari-hari yang dilaluinya juga begitu terserlah sehingga memikat hati Furqan. Namun agak mengejutkan apabila Husna berhenti kerja di JPMI sehingga menimbulkan kekecohan dan keenganan Husna kembali ke JPMI membuatkna stesen radio itu hampir muflis. Bagaimana Husna menangani masalah dalam mencari jodoh? Adakah dia akan menerima Furqan atau masih mengharapkan Elyas yang telah menjadi tunangan orang?QONITA – ustazah kepada Sarah yang membantu Sarah menghafal Al-Quran. Dia telah dipinjamkan ayahnya yang juga pemilik pesantren tempat Sarah belajar untuk bersama-sama membantu Azzam dan Anna sebagai tenaga pengajar di Darul Quran. Cantik bangat dong. Masih bujang dan berusaha mencri jodoh. Anna menjadi sangat cemburu kepada Qonita apabila gosip yang mengatakan qonita adalah isteri kedua Azzam tersebar luas. Hal ini amat menganggu Anna tambahan pula dengan keadaannya yang sukar untuk mengandung. Adakah Qonita benar-benar akan menjadi isteri kedua Azzam?
Sarah pula sudah kembali bersatu dengan ahli keluarganya yang lain dan sangat rapat dengan Qonita. Oh, Ustaz Mujab juga sudah kembali ke Indonesia untuk sama-sama membantu di pesantren.
Ow ow ow walaupun belum habis lagi menontonnya tapi saya sudah tahu pengakhirannya. Dan kelihatannya seperti ada Fadhil (kawannya Azzam ketika di mesir yang mempunyai seorang adik, Cut Mala dan patah hati kerana gadis idamannya berkahwin dengan orang lain) tapi kurang pasti adakah benar dia?
Hah? Macam mana tahu? Ish cerita tu panjang sangat dan makin tengok makin geram sebab nak tahu cam mana akhirnya jadinya saya gagal menahan diri daripada melihat episod akhirnya supaya hati ini menjadi lebih tenang. Hahahhaha. (terpaksa tengok ikut turutan sebab nak tahu betulkah itu fadhil? Ish lambat pula dia ni muncul)....
ow..ow..ow lagi satu saya sangat suka melihat pakaian mereka. jubah-jubah mereka sangat cantik.
Sekian.

