Tahun 2010
Di Majlis Perkahwinan Cik Rose
Cik Kiah : Eh, Cik Nhila, bila nak kahwin? Cik Rose yang sebaya kamu tu pun dah nikah.
Cik Nhila: Tahun depan.
Cik Kiah: uih Bagus la tu.
Tahun 2011
Di Majlis Cukur Jambul anak Cik Rose
Cik Kiah: Eh, Cik Nhila kata tahun nak kahwin. Mana kadnya tak sampai-sampai pun? Takkan senyap-
senyap je kut?
Cik Nhila: La, bila masa pulak saya kata nak kahwin tahun ni?
Cik Kiah: Eh, bukan ke tahun lepas masa majlis sepupu kamu tahun lepas, kamu kata nak kahwin tahun ni?
Cik Nhila: Ish, rasanya saya kata saya nak kahwin tahun depan. Cik Kiah salah dengar kut.
Tahun 2012
Di Majlis Hari Lahir yang pertama anak sulung Cik Rose
Cik Kiah: Eh, Cik Nhila, bulan berapa nak langsung?
Cik Nhila: Hah? Langsung apa Cik Kiah?
Cik Kiah: Ye la tahun lepas kamu kata nak kahwin tahun ni. Bulan berapa?
Cik Nhila: Ish Cik Kiah ni kan saya kata nak kahwin tahun depan bukannya tahun ni.
Cik Kiah: Kamu ni main-main ker? Tiap-tiap tahun aku dengar duk cakap tahun depan tahun depan. kamu
ni biar betul. Kerja kahwin jangan dibuat main-main.
Cik Nhila: Eh, apa pula saya main-main. Betul la saya kata tahun depan tapi saya tak kata tahun bila.
Cik Kiah: ?????
p/s dari Cik Nhila:
Kalau ade jodoh tak kemana... kalau kad dah sampai di depan rumah tu ye la tu.
Thursday, December 15, 2011
Wednesday, November 2, 2011
Surat untuk pemilik tulang rusuk
Kepada: Pemilik Tulang Rusuk
Daripada: Tulang Rusuk Yang Hilang
Awak,
Awak,
Daripada: Tulang Rusuk Yang Hilang
Awak,
Awak tau kan yang awak hilang satu tulang rusuk?
Awak akan carikan tulang rusuk awak yang hilang tu?
Awak,
Awak tau tak yang saya ni adalah tulang rusuk awak yang hilang tu?
Awak tahu hingga ke saat ini saya masih menanti awak mencari saya.
Awak,
Saya ni tulang rusuk yang bengkok
Jadi saya harap kalau awak nak luruskan saya
Awak tidak menggunakan kekasaran
Sebab saya akan patah
Bila saya patah saya takkan mampu menjaga awak lagi
Dan ianya hanya akan menyakiti awak.

Saya tak harap awak sehebat Muhammad SAW
Sebab saya tak secekal Siti Khadijah
Saya tak harap awak sekuat Ali R.A
Sebab saya tak setabah Fatimah
Saya juga tak harap awak sekacak Yusof A.S
Sebab saya tahu saya tak secantik Zulaikha
Tapi itu bukan alasan untuk saya tidak membaiki diri saya
untuk menjadi muslimah sejati
Dan saya harap awak boleh jadi pemimpin saya kelak
Agar suatu masa nanti kita mampu mendidik srikandi-srikandi Islam
dan pejuang-pejuang yang soleh kebanggaan Islam
Awak,
Saya tak harap awak sempurna
Sebab kalau awak sempurna awak dah tak perlukan saya
Saya cuma harap bila kita bersatu kita menjadi sempurna
dengan kekurangan dan kelebihan yang kita miliki
Awak,
Saya tak tahu bila kita akan berjumpa dan dimana
Mungkin kita tak akan jumpa di dunia ini sampai bila-bila
Tapi saya harap Allah akan pertemukan kita di syurga
Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
Awak,
Awak akan cari saya kan?
Sebab saya tunggu awak datang cari saya.
Saya akan tunggu awak dengan sabar
Awak,
Penantian itu ujian yang menguji keimanan kita
Tapi saya akan sabar menanti awak datang jemput saya nanti
Sebab penantian ini tidak bererti sia-sia
Sebaliknya perjalanan percarian hakikat diri
Awak,
Saya tunggu awak jemput saya
Tulang rusuk awak yang hilang.
Sunday, June 19, 2011
Merancang Masa Depan
Hari ini ada pengajar baru dan maknanya ada tugasan baru. Oh tugasan yang lama pun belum siap lagi okay! Tapi tugasan inchik ini simple je cuma memerlukan tahap imiginasi yang tinggi hahahahaha. Baiklah malam ini aku harus menjawab 3 soalan cepumas dan perlu bentangkan esok hari.
Soalan yang pertama:
Dalam masa 5 tahun anda di mana? Kalau bekerja di syarikat apakah position dan syarikat anda?
Soalan kedua:
Objektif anda dalam 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang.
Soalan ketiga:
Buat satu business plan yang anda ingin buat.
(siap dengan marketing, berapa jangkaan keuntungan)
Hah amik kau melopong mulut sambil tergaru-garu kepala yang tak gatal.
Aku pun lagi dengan semangat yang berkobar-kobar terus rangka jawapan dalam kepala dan aku zahirkan di sini. kihkihkih. Ni la dia jawapan-jawapannya.
Jawapan soalan pertama:
Duk rumah dengan anak sulung umur dua tahun dalam keadaan sarat menanti anak kedua. kihkihkih
Jawapan soalan ke dua:
Objektif tahun pertama --->Dapatkan kerja sambil mencari calon suami yang sesuai sebab dijangka tahun kedua dah kena kahwin.
Objektif tahun kelima-----> Sekurang-sekurangnya dah dapat anak dua. Dan sibuk melayan karenah si kecil. Sambil-sambil tu bercucuk tanam dan ternak ayam kat umah.Tak yah susah-susah nak ke pasar. Makanan pun segar dari ladang.okay tak? owh dalam masa yang sama bolah la jugak tanam pokok-pokok buah-buahan.
Objektif tahun ke sepuluh---> Anak-anak pun dah mula masuk sekolah. Kos hidup semakin tinggi boleh besarkan lagi kebun jadi ladang. Pastu ajar anak-anak bercucuk tanam pulak. Amacam?
Jawapan soalan ketiga:
Aku jual sayur-sayuran kat pasar.
Untung: RM 10 000 okay!
Marketing: Buat marketing melalui 'ahli mesyuarat tingkap' la.
Hahaha itu jawapan kategori merapu la. Soalan senang tapi jawapan tu yang agak complicated sikit nak menjawab.
Moralnya: Memang sangat penting untuk kita merancang masa depan kita. Kegagalan untuk merancang maka kita rancang untuk gagal. Dan aku rasa memang aku failed dah untuk merancang. Gagal merancang kerana tak ada matlamat yang jelas sebenarnya.....
Sekian sahaja untuk kali ini....
p/s: catatan (jawapan) di atas adalah rekaan semata-mata untuk suke-suki bagi mengasah otak sementara mencari idea untuk buat business plan. Its no an easy work. Dan ingatlah kita hanya mampu merangcang dan yang menentukan hanya Allah. But still we have to plan and back up plan.
Saturday, June 18, 2011
OMG!!!
Oh hari terasa begitu letih dan mahu cuti lagi tapi apa kan daya hari ini sudah harus bergerak balik!
Kenapa letih sangat?
Semalam ibu-ibu dan bapak-bapak saudara buat sembahyang hajat dan tahlil sikit. Sembahyang hajat untuk ibu-ibu yang mengandung dan majlis tahlil untuk nenek yang telah pergi menghadap Penciptanya (semoga Allah tempatnya di tempat-tempat orang beriman). Biarpun terasa letih yang begitu menggigit segala urat sendi tetap rasa seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Dan aku terpikir apabila anak-anak saudara sudah mula mengambil alih sedikit demi sedikit tugas-tugas yang dulu dilakukan oleh ibu-ibu saudara, apakah yang terpikirkan?
Yup! Mak-mak saudara aku termasuk la mak aku semakin hari semakin dimamah usia. Dah macam-macam sakit datang. Dan itu maknanya aku juga dah menginjaki ke usia DEWASA!!
Dan cerita sebenar yang ingin disampaikan adalah berita yang mengejutkan aku!
Alkisahnya, masa aku tengah siap-siap nak makan 'colek' tetiba mak saudara ni pun datang dan tanya aku dalam nada berbisik.
Mak saudara (MS): Ya ada gi interview kat tempat pok d* ke?
Aku: (muka terkejut) Tak de pun. Tempat dia ade panggil orang ke?
MS: Sebab Pok D* ade nampak name ya masa interview ari tu.
Yup. Aku berada dalam senarai yang berada dalam temuduga itu. Tapi aku tak tahu apa-apa pun sebabnya selama 2 minggu telefon aku bermasalah gara-garaCELC*M yang buat onar.
Oh, masa tu aku dah rasa terkilan gila.
Dan sepanjang hari aku bagitahu cik hati 'Barang yang lepas jangan di kenang. Pasti hikmahnya'!
Dan malam itu aku bercakap pula dengan suami mak saudara aku tu merangkap bapa saudara aku. Perkara yang sama aku bagitahu dia pasal nombor telefon aku tu.
Kata ayah saudara aku, 'Dah kalu lain kali ada nak lagi tak?'
Aku, ' Mesti la nak'.
Dia balas pulak, ' Tak pe, tak pe boleh di usahakan'.
Sebenarnya walaupun aku tak dapat temuduga itu, rasa terharu jugak sebab nama aku sebenarnya ada dalam list untuk temudugasyarikat yang besar itu.
Pasti ada hikmahnya!
Kenapa letih sangat?
Semalam ibu-ibu dan bapak-bapak saudara buat sembahyang hajat dan tahlil sikit. Sembahyang hajat untuk ibu-ibu yang mengandung dan majlis tahlil untuk nenek yang telah pergi menghadap Penciptanya (semoga Allah tempatnya di tempat-tempat orang beriman). Biarpun terasa letih yang begitu menggigit segala urat sendi tetap rasa seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Dan aku terpikir apabila anak-anak saudara sudah mula mengambil alih sedikit demi sedikit tugas-tugas yang dulu dilakukan oleh ibu-ibu saudara, apakah yang terpikirkan?
Yup! Mak-mak saudara aku termasuk la mak aku semakin hari semakin dimamah usia. Dah macam-macam sakit datang. Dan itu maknanya aku juga dah menginjaki ke usia DEWASA!!
Dan cerita sebenar yang ingin disampaikan adalah berita yang mengejutkan aku!
Alkisahnya, masa aku tengah siap-siap nak makan 'colek' tetiba mak saudara ni pun datang dan tanya aku dalam nada berbisik.
Mak saudara (MS): Ya ada gi interview kat tempat pok d* ke?
Aku: (muka terkejut) Tak de pun. Tempat dia ade panggil orang ke?
MS: Sebab Pok D* ade nampak name ya masa interview ari tu.
Yup. Aku berada dalam senarai yang berada dalam temuduga itu. Tapi aku tak tahu apa-apa pun sebabnya selama 2 minggu telefon aku bermasalah gara-gara
Oh, masa tu aku dah rasa terkilan gila.
Dan sepanjang hari aku bagitahu cik hati 'Barang yang lepas jangan di kenang. Pasti hikmahnya'!
Dan malam itu aku bercakap pula dengan suami mak saudara aku tu merangkap bapa saudara aku. Perkara yang sama aku bagitahu dia pasal nombor telefon aku tu.
Kata ayah saudara aku, 'Dah kalu lain kali ada nak lagi tak?'
Aku, ' Mesti la nak'.
Dia balas pulak, ' Tak pe, tak pe boleh di usahakan'.
Sebenarnya walaupun aku tak dapat temuduga itu, rasa terharu jugak sebab nama aku sebenarnya ada dalam list untuk temuduga
Pasti ada hikmahnya!
p/s: Sejak akhir-akhir ini 'instinct' aku begitu aktif dalam memberitahu 'ada sesuatu yang akan berlaku' dan
biasanya untuk perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Mungkin Allah mahu aku bersedia untuk
menerima 'ujian' itu dalam keadaan mental aku dah bersedia untuk menerima segala kemungkinan.Friday, June 17, 2011
Indahnya Bila Berdiam Diri
Baru hari ini aku terasa betapa indanhya lebih banyak berdiam daripada bercakap.
Berdiam bukan hanya berdiam kosong. Diam dengan mengingati Allah.
Banyak hikmah bila berdiam. Pada aku yang mengalaminya.
1. Kurang bercakap benda-benda yang tidak perlu mengurangkan rasa bersalah pada diri sendiri andai
tersalah dalam bertutur kata yang dalam kita tidak sedar mungkin kita dah melukakan hati orang lain.
2. Bila diam kita akan lebih banyak memerhati dan mendengar. Jadi apabila kita menganalisis dan kita dapat
membuat keputusan dengan menggunakan akal tanpa dipengaruhi oleh emosi.
Dan yang paling penting bukan memerhati dan mendengar untuk mencari keburukan orang.
3. Bila diam kita akan lebih banyak berfikir dan ini boleh meningkatkan daya fikiran kita dan meningkatkan
aktiviti otak kita supaya sel-sel otak sentiasa bekerja.
4. Bila kurang bercakap, kita dapat melakukan lebih banyak kerja daripada membuang masa daripada
berbual kosong. (tiada salahnya sesekali berbual-bual kosong selagi ianya tidak mengganggu prestasi kerja
seharian kita).
5. Papepun janji happy!!!

New Post!!
Such a long time i didn't post anything and i didn't keep my promise to make my blog more interesting.
Yup, lepas grad aku mengalami zaman yang suram. banyak yang ingin diceritakan namun hanya di dalam hati.
Dan malam ini (opps its morning and new day already), dikala aku sepatutnya rancak menyiapkan HACCP dan business plan, cik idea tak nak datang jadinye terpaksalah aku merajinkan diri untuk menulis blog. Ala-ala warming up gitu sambil mengharap cik idea akan datang sikit demi sikit.
Kenapa aku kena buat HACCP dan Business Plan?
Alkisahnya, aku ambik kursus Biotechnology selama 6 bulan. Disebabkan kursus ini adalah menggunaka silibus yang sama dengan program BESt yang telah bertukar format maka objektif kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan muda. Tak lama lagi kena praktikal pulak selama 3 bulan selepas duduk dalam kelas selama 3 bulan. Gitulah lebih kurang ceritanya.
Terlalu banyak yang aku belajar selama kursus ini berjalan. Bukan hanya apa yang diajar dalam kelas tapi juga dalam mengenal dan menilai orang, menilai dan muhasabah diri sendiri. Yang paling penting adalah menilai dan menganalisi diri sendiri terumatanya apabila mengenang kembali zaman suram aku. Betapa banyaknya masa yang aku telah bazirkan.
Dan dalam masa yang sama masih banyak lagi persoalan-persoalan yang belum terungkai dan sehingga kini aku masih tercari-cari. Yup, ianya begitu mengganggu fikiranku. Dan kerana aku masih dalam pencarian bagi memecahkan dinding-dinding persoalan dalam merungkai jawapan. Terlalu banyak tanda tanya....
Subscribe to:
Posts (Atom)