Sunday, April 14, 2013

Happy Birthday : Yanti & Farah



Happy birthday girls!!
Entah bila kita bisa ketemu lagi
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi peluang pada kami untuk menjadi sahabat.
May Allah bless both of you!!


CERITA DI SUATU SUBUH




Aku masih ingat lagi masa zaman jerawat-belum-tumbuh, ustazah beritahu waktu subuh kalau kita tak bangun solat subuh ibaratnya seperti kita tidur berselimutkan kulit b**i.

Waktu subuh la yang paling nikmat tidur dengan sejuknya memang best la tidur bawah selimut. Sebab tu ramai orang sangat susah nak bangun solat subuh walaupun hanya 2 rakaat.

Nak di jadikan cerita, dengan akal fikiranku yang sangat la daif ni aku pun fikir,
‘hmmm....... waktu subuh kalau berselimut maknanya aku berselimutkan kulit b**i’.
Ewww....... kotornya.

Jadi, keesokkan harinya di kala subuh yang dingin di atas tilam yang empuk, sayup-sayup kedengaran suara azan berkumandang.

Oh... awal lagi ni (selagi tak pukul 7 memang akan diklasifikasikan awal). Sambil tangan mencari-cari selimut. Sejuknye. Tiba-tiba teringat kata-kata ustazah,

‘Tidur waktu subuh dengan berselimut ibarat tidur berselimutkan kulit b**i’.

Terus cepat-cepat aku buang selimut tu sebab aku tak nak tidur berselimutkan kulit b**i..
Sambil menahan sejuk, mata terus terpejam. Dah nak habis waktu barulah terkocoh-kocoh bangun solat. 

Syaitan dah bersorak gembira sambil terus bergayutan di mata. Walaupun ada orang tolong kejutkan tapi tu lah godaan syaitan lagi hebat.

Lama juga saya memegang fahaman begini. Padahnya membuat tafsiran sendiri tanpa merujuk pada yang pakar. Dan main-main masa dalam kelas. Ustazah mengajar kat depan kita buat kelas sendiri kat belakang.

Alhamdulillah sekarang tidak lagi. Dah lama tau saya meninggalkan fahaman sesat (fahaman jahiliah saya) ni!!

Eh, ada tak ustazah korang bagitau pasal ni?

Yang gagah itu bukanlah yang memiliki badan yang berketak-ketak
Yang kuat itu bukanlah yang memenangi emas olimpik acara angkat berat
Yang perkasa itu bukannya badang atau Hulk si hijau
Yang kuat, gagah dan perkasa itu bukan lah ultraman yang mampu melawan raksasa
Yang kuat, gagah dan perkasa itu adalah orang yang mampu mengangkat selimut untuk solat di kala subuh
Yang kuat, gagah dan perkasa itu adalah yang mampu mengangkat takbir, Allahu Akbar!!

p/s: malu bertanya sesat jalan!!

Saturday, February 4, 2012

Diari 4: Pra-ulangtahun kelahiran


Wah! dah masuk bulan februari sudah. Bulan ni nampaknya bertambah lagi kut angka kat belakang. Dah makin berumur la nampaknya. Lagi beberapa tahun, bukan setakat nombor kat belakang je yang bertukar tapi sekali dengan nombor kat depan jugak.

SCARY giler kut!

Bukan sebab takut dengan nombor tapi risau sebab makin bertambah nombor-nombor itu maka semakin bertambahlah tanggungjawab dan amanah pada orang-orang sekeliling dan juga agama. Tapi umur dah lebih dari suku abad ni masih terasa aku masih tak buat dan belum berbakti lagi pada keluarga, masyarakat, negara dan paling penting ISLAM!

Huh! (mengeluh lagi untuk kesekian kalinya walaupun tahu tak baik mengeluh).

Debuk! Tambah lagi satu dosa sebab mengeluh.

Masa berborak-borak kat tempat kerja tadi, nampak la die beli jam baru. Katanya dia suka beli barang untuk diri sendiri bila birthday dia.

Then, aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri, apa yang buat masa birthday aku ek?

Hmmm..... most of the time, tak buat pape pun. Aku menjalani rutin yang sama je macam hari-hari lain. Bezanya, banyak mesej yang masuk. Hahahaha.

Sebab family besar aku tak pernah kut nak celebrate birthday party bagai. Paling kurang pun wish je la. Tu pun bila masing-masing dah besar. Masa kecik-kecik dulu macam tak berapa nak heran pun birthday-birthday ni.

Bila dah masuk U barulah first time sambut dengan kengkawan. Dengan hadiahnya, keknye then spend time dengan macam cerita yang kelakar sambil makan besar yang kitaorang sendiri. Bila dah tak cerita pasang movie pulak. Begitu la lebih kurangnya bila celebrate birthday sesama sendiri. Nak gempak sikit buat la surprise sikit tambah dengan unsur-unsur suspen sikit. Last birthday aku, kita orang celebrate kat dalam lab (mati la kalau supervisor tau ni). Itu penangan sebab masing-masing sibuk dengan final year project dan menghabiskan kebanyakkan masa dalam lab. 

Tapi kita orang buat malam so, tak de kena tangkap sebab bawak makanan dalam lab. Kebetulan pulak dekat dengan tahun baru cina kut. Jadi ada lagi la bunyi mercun bila meletup, pong! Keluar la api yang cantik-cantik kat dada langit tu. Anggap la macam ala-ala dia orang buat tuk aku. Hahahaha (perasan tak sudah). Dan memang surprise sebab tak expect langsung akan ade kek sebab masing-masing semua busy mengalahkan dekan (errr....dekan busy ker? Mestilahkan?). terima kasih Aainaa, Zura, Raizah, Tikah, Yanti, Farah dan Ica. Love you all like crazy!


Last sambut birthday sebelum masing-masing grad
berjoli selepas merdeka daripada viva final year project
Tahun sebelumnya, buat pertama kalinya aku sambut dengan geng-geng silat. Yang lagi-lagi-lagi-lagi la tak jangka langsung sebab dah akhir bulan 2. Dah basi dah kut birthday aku. Siap tutup lampu bagai lagi pastu pasang lilin atas kek. Jadi nampak samar-samar je la muka orang. Tapi lilin tu macam tak sempat nyala pun bila sampai kat aku sebab dieorang ni tak tutup kipas! Hahaha. Sempat lagi aku tanya sambut birthday la pulak dieorang ni. Aku ade terlepas tarikh ke? Hahahaha. Walau apapun mesti la seronok kan? Giler tak seronok dapat sambut dengan budak-budak silat semua. Tambah-tambah-tambah seronoknya first time pulak dapat teddy bear. Besar pulak tu. Dan sejak dari hari tu teddy bear tuh dah ambik separuh ruang kat katil hostel aku. Tahun berikutnya dieorang belanja makan pizza je. Tapi tetap best sebab pizza itu sedap! Hahahahaha. Thanks a lot guys. Miss you soooo much!

ini lah cik fini. teddy-yang-dah-merampas-separuh-space-katil-bujang-aku

Yup, mereka ini telah menceriakan hari-hari aku dan meng’special’kan dan meraikan birthday aku.

Lepas tu aku tertanya-tanya pulak. Patutkan aku menghadiahlan diri sendiri tahun ni memandangkan dah tak ade orang nak bagi hadiah lagi?

Pop! Macam-macam idea keluar nak bagi hadiah apa kat diri sendiri. Hahahaha (meroyan).

Apa kata beli kereta sebijik?
Hmmm... kalau kena kerje bagai nak rak sebab nak kena bayar kereta bulan-bulan, hadiah ke namanya tu? Tak sesuai.

Handphone barula. Kata hari tu nak Samsung Galaxy Wonder. Best gak kalau bagi kat diri sendiri.
Hmmm....... rasanya telefon yag sekarang ni masih segar bugar lagi sihat walafiat lagi kut. Lagipun beli telepon mahal-mahal bukan ada orang call atau mesej pun. Telefon pun merata-rata letak. Tak payah. Dah la mahal kalau hilang? Tak ke menangis tak berlagu? Lain kali je.

Gi bercuti la?
Ceh.... cuti terkumpul pun semput-semput je ade hati nak gi bercuti. Tu belum masuk tabungan yang macam tak berapa nak ada. Kena asma tau kalau gi bercuti. Lain tahun. ala (sambil buat muncung pangang sejengkal dan hentak-hentak kaki)

Gi shopping je la. Beli baju ke best gak.
Hmmm macam idea tak berapa nak cerdik. Beli baju tapi tak tahu bila nak pakai. Pastu nak cari saiz macam susah je. Pakai je la apa yang ada. Lagipun hari off day pun duk rumah je pun. Membazir je beli baju baru.

Beli buku je la kan? Macam best je idea ni.
Giler. Dua hari lepas baru borong 4 biji buku ( errr.... novel) pastu semalam borong lagik 3 bijik buku online (sama la yang macam sebelum ni hihihi).Tak pe la kan. wat tambah koleksi pe salahnye. Boleh jugak wat tambah ilmu pengetahuan (errrr...... sebab novel boleh menambahkan skill penulisan kan? Macam sekarang la yang teramat rajin nak tulis post baru yang panjang berjela-jela ni... hahahaha). Lagipun membaca ni dapat la mengelakkan diri dari mendengar atau ter’join’ skali orang ’mengayam ketupat’. Tak ke bagus tu. Lagi pun novel ni cepat sikit (mungkin banyak kut) hadam sebab baca kat  lab time tak-berapa-nak-ade kerja. Kantoi! Hmmm rasa macam dah nak pokai sebab bulan ni sakan giler borong buku.
  
'Alahai cik nhila cubalah beli buku berilmiah sikit barulah pengetahuan bertambah sikit.'

Glurp! (telan air liur yang terasa berpasir). Hmmmm (tekak ni tetiba macam mintak air teh beng je)...... InsyaAllah. Hehehehe.


p/s: 
by the end rasenya kita puasa je la hari tu. Pastu tambah la apa-apa amalan tuk saham akhirat. habis cerita. tak gitu?

p/s: 
errr... bukan ke sepatutnya parents kita yang patut diraikan sebab dah berjaya melahirkan kita yang cantik lagi comel pastu jadilah anak yang baik? yeay! 10 markah tuk diri sendiri (ntah pape meroyan sensorang) tepuk tangan tuk mok dan aboh. Jadi sepatutnya bagi hadiah kat dieorang la kan? logik tak?


Monday, January 30, 2012

Ceritera 2: Lobak, Telur dan Kopi


Di bawah ni ada 3 jenis barang iaitu:


1)      Seketul lobak (boleh dihiris-hiris besar pun tak pe). 






2)      Sebiji telur ayam. (tak kisahla gred ape ye sedare-sedari ye. Nak murah beli la gred C, kalau mau yang berkualiti belilah yang gred A).




3)      Dan biji kopi.



Dan bahan-bahan diatas disertakan dengan seperiuk air jernih yang tengah mendidih ye.

Ok tanpa membuang masa. Sila ambil lobak dan rasa dulu teksturnya. Apa yang anda rasa? Keraskan? Ok sematkan ia di minda anda atau catatkannya di kertas catatan bukan apa takut lupa. Kemudian campakkan lobak tersebut kedalam air yang tengah mendidih tu.

Hah? Berapa lame? Hmmm.. agak-agak dah masak okla kan?
Dah siap masak letakkan ketepi ye. Bagi sejuk dulu.

Seterusnya, ambil sebiji telur yang di sediakan tadi dan masukkan kedalam air yang mendidih ye. Sehingga telur itu diyakini telah masak dan ketepikan ia. Bila dah sejuk sila kupas kulit telur tu ye.

Akhir sekali barulah masukkan biji kopi tersebut dan biakan sehingga kopi tersebut telah sebati dengan air yang mendidih itu.

Apakah yang anda telah perhatikan daripada eksperimen di atas?

Mari kita sama-sama analisis keputusan yang diperolehi sebentar tadi.

1)      Lobak

Lobak ketika ia mentah bersifat keras. Kemudian apabila diletakkan di dalam air jernih yang tengah mendidih, lobak tersebut telah menyerap air dan menjadikannya lebih lembut berbanding ketika ia mentah. Jika di masakkan terlalu lama zat di dalam lobak itu juga akan hilang.

2)      Telur

Sebelum direbus
Selepas direbus
Telur pula ketika mentah ia bersifat cecair apabila dipecahkan kulitnya. Apabila ia telah dimasak dengan air yang mendidih, ia akan bersifat pepejal. Sedap kalau makan dicicah dengan kicap. Fuh sedap hingga menjilat jari.

3)      Biji kopi

Biji kopi pula akan menjadi segelas air kopi yang sedap. Sedap diminum ketika hujan sambil makan dengan ubi kayu rebus. Perghh, mak mertua lalu pun tak perasan. Ahaks!



Lobak, telur dan biji kopi telah dipengaruhi oleh persekitaran.

Lobak asalnya keras telah menjadi lembut (hilang semua protein).

Telur pula asalnya cecair telah menjadi keras a.k.a telur rebus.

Biji kopi pula telah menghasilkan segelas air kopi yang sedap. Ahaks.
 
Yang bezanya adalah air panas yang menggelegak itu telah mempengaruhi lobak dan telur tapi biji kopi telah mempengaruhi air panas itu untuk menghasilkan air yang berwarna hitam dan apabila ditambah susu, perghh memang sedap!

Ia boleh diumpamakan seperti kehidupan kita.

Air panas yang menggelegak itu seperti kehidupan kita yang penuh dengan ranjau duri di jalanan.

Lalu? Kita yang mana?

Lobak? Telur? atau Biji kopi?

Kita biarkan persekitaran merubah kita atau kita mempengaruhi persekitaran?

Pilihan sebenarnya terletak di tangan kita. Andai persekitaran dapat merubah kita menjadi lebih baik, kenapa tidak?

Begitu juga dengan nilai-nilai moral dan akhlak baik yang kita miliki biarkan sekeliling kita merasa bukannya kita jadi ’culture shock’ dan terikut dengan budaya yang bukan-bukan.

Kita dikurnikan akal fikiran menilai dan al-quran sebagai panduan.
Allah telah bagi petunjukNya tinggal pilihan saja ditangan kita.

Yang paling penting, kita tidak tewas dengan keduniaan kerana destinasi akhir kita adalah akhirat.


Wallahualam.

~penglipurlara~

Friday, January 6, 2012

Happy birthday, Aainaa!!





Happy birthday, girl!



Nampaknya sudah 2 tahun kita tak buat surprise party.

Ingat lagi last our surprise party?

Waiting in your room. Hot and dark.

Berusaha untuk tahan gelak.

Hahahahahaha.

Do you have any idea that time?

Then, we spend with gossiping, eating and chit chat until late night.

I miss that old day.

Hey girl!

Whatever you are going through remember you are strong girl!

And you have 7 angels around you even though we are far away.
Hey! You got our number right?
You already added our friend request in fb, right?
And we have ‘abang posmen’ who are ready to deliver our messages.
So you are not alone at all in Bintulu.
And AirAsia also said that, ‘Now everyone can fly’. hahaha


Sunday, January 1, 2012

Tahun baru?


2011 sudah hampir melabuh tirainya. 2012 pula bakal menyelak tirainya.

2011 bakal menjadi sejarah. 2012 bakal mencipta sejarah.

Suka. Duka. Gembira. Sedih. Bahagia. Derita.

Ini lah yang telah tercipta di tahun 2011 dan bakal tercipta juga di tahun 2012.

Bagaimana kita lalui 2011 itu gambaran yang bakal kita lalui di tahun 2012.

Kerana kita belajar melalui pengalaman lalu. Belajar untuk menjadi lebih baik. Belajar dari kesilapan lalu. Dan belajar supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama!

Kerana setiap detik yang berlalu akan membuat kita semakin matang dalam memandang kehidupan. Hala tuju dan haluan hidup. Samada memandang duniawi dengan mata kasar atau melihat dengan mata hati berpandukan akal.

Setiap daripada kita punya cerita tersendiri. Kerana kita melalui kehidupan dan pengalaman yang berbeza walaupun mengalami situasi yang sama.

Sekian sahaja mukadimah di hujung tahun.


*ia di tulis beberapa sebelum tahun baru dan hanya berkesempatan untuk post di tahun baru.

Thursday, December 15, 2011

Ceritera 1: Kahwin

Tahun 2010
Di Majlis Perkahwinan Cik Rose

Cik Kiah : Eh, Cik Nhila, bila nak kahwin? Cik Rose yang sebaya kamu tu pun dah nikah.

Cik Nhila: Tahun depan.

Cik Kiah: uih Bagus la tu.



Tahun 2011
Di Majlis Cukur Jambul anak Cik Rose

Cik Kiah: Eh, Cik Nhila kata tahun nak kahwin. Mana kadnya tak sampai-sampai pun? Takkan senyap- 
                senyap je kut?

Cik Nhila: La, bila masa pulak saya kata nak kahwin tahun ni?

Cik Kiah: Eh, bukan ke tahun lepas masa majlis sepupu kamu tahun lepas, kamu kata nak kahwin tahun ni?

Cik Nhila: Ish, rasanya saya kata saya nak kahwin tahun depan. Cik Kiah salah dengar kut.



Tahun 2012
Di Majlis Hari Lahir yang pertama anak sulung Cik Rose

Cik Kiah: Eh, Cik Nhila, bulan berapa nak langsung?

Cik Nhila: Hah? Langsung apa Cik Kiah?

Cik Kiah: Ye la tahun lepas kamu kata nak kahwin tahun ni. Bulan berapa?

Cik Nhila: Ish Cik Kiah ni kan saya kata nak kahwin tahun depan bukannya tahun ni.

Cik Kiah: Kamu ni main-main ker? Tiap-tiap tahun aku dengar duk cakap tahun depan tahun depan. kamu
                ni biar betul. Kerja kahwin jangan dibuat main-main.

Cik Nhila: Eh, apa pula saya main-main. Betul la saya kata tahun depan tapi saya tak kata tahun bila.

Cik Kiah: ?????


p/s dari Cik Nhila:
Kalau ade jodoh tak kemana... kalau kad dah sampai di depan rumah tu ye la tu.