Saturday, December 12, 2009
Colourful of life
Monday, October 12, 2009
Pada dia
Yang dulu pernah aku berlari tinggalkannya tanpa sebarang kata
Maaf kerana mengecewakanmu
Semoga engkau bertemu dengan orang yang lebih baik dariku

Pada dia
Yang dulu pernah memalit kata-kata yang begitu menusuk hati
Terima kasih kerna menyedarkan aku dengan perkara yang memang
telah lama aku sedari
Sayang sekali persahabatan yang aku hulurkan dengan ikhlas rupanya
telah disalah erti
Dan rasa terkilanku masih menebal
Sesungguhnya aku sampai sekarang aku sangat tak puas hati dengan
'serkap jarang'mu yang menyakitkan hati
Pada dia
Aku nak bagitau
Sesungguhnya aku sangat cemburu pada kamu
Dan ia membuat aku sangat rendah diri
Tapi aku tetap bangga dengan kejayaanmu
Pada dia
Aku nak cakap
Kadang kala aku memang rasa jauh hati, makan hati, terasa hati
Buatkan aku rasa seperti aku keseorangan
Dan segalanya aku hanya pendamkan
Pada dia
Ingin aku khabarkan
Aku rindu kamu
Pada dia
Aku nak ucap terima kasih
Sentiasa di sisiku di kala aku gembira dan berduka
Pada dia
Ingin aku katakan
Aku bukan siapa-siapa
Pada dia
Maaf sukar sekali untuk melafazkan apa kata hati
Kerna mulut tak mampu melafazkan kalimah seiring dengan
apa yang tersirat di hati
Biar ia terus kekal menjadi rahsia hati
Agar ia tidak menghuru harakan hati-hati yang mendengarnya.
Pada dia
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerna hadir dalam hidupku
Pada DIA
Aku sandarkan segala harapan dan impianku
Aku redha dan pasrah dengan apa yang telah ditetapkan untukku
kerna
hanya ENGKAU tahu apa yang terbaik untukku

Kadangkala kita tidak berkesempatan untuk meluahkan apa yang dirasa Kadangkala kita tak mampu untuk meluahkannya Dan aku meluahkannya di sini
Pada dia
Untuk orang yang menyedari kata-kata itu untuknya
Pada dia
Yang mungkin membacanya @ tidak
[kerna dia tidak tahu akan kewujudan blog ini]
Pada dia
Yang ingin sekali aku nyatakan padanya apa yang aku rasa
Pada dia
Mungkin seorang, dua orang @ ramai
Pada dia
Yang pernah hadir dalam hidupku
Pada dia
Maaf andai ia melukan hatimu
Pada dia
Mungkin untuk kamu
Pada dia
Coretan ini sekadar bingkisan rasa hati
dan
Pada kamu
Terima kasih kerna membacanya
Tuesday, September 29, 2009
Teguran Di Bulan Ramadhan
Tahun ni adalah tahun pertama aku pulang beraya di kampung setelah 3 tahun beraya di UPMKB. Tiket dah ditempah awal-awal lagi bagi mendapatkan harga yang murah. Cuti pun bukan main lama lagi almaklumla mengambil kira cuti semester yang berkemungkinan takkan pulang ke kampung. Seronok tak terkata dapat pulang ke kampung menyambut hari lebaran.
Tetapi, hari demi hari tugasan semakin bertambah berkadar langsung dengan tekanan. Hari-hari yang dilalui makin lama menjadi tersangatlah sibuk dan ‘hectic’. Kadang kala bila mengenangkan final year project terasa menyesal pulak pulang terlalu lama. Kerja bertimbun-timbun tu belum di kira lagi. Jiwa semakin tertekan. Rasa macam dah tak nampak la berhari raya di rumah. Segala-galanya menjadi kabur. Serasa hati ini macam berat hati sahaja mahu pulang bercuti. Bukan tu je, warna ubah merah pun makin lama makin pudar warnanya. Matlamat menjadi makin sukar untuk dicapai.
Sepanjang Ramadhan sahaja aku telah beberapa kali di tegur,
‘Apsal nampak tak bersemangat je ni?,’ Tanya akak yang jual kat foodcourt.
‘Kenapa sedih je muke tu?,’ Tanya kak Siti, lab assistant di pagi hari.
‘Haii, jauh termenung?,’ tegur En.Make, pemangku Ketua Jabatan Sains Tanaman.
Tak bersemangat, sedih dan selalu termenung…….hmmmm
Letih sebenarnya.
Segalanya yang dilakukan pada semester ni semacam tak brape nak menjadi. Result test plak gaye macam orang yang tak study je. Rasa macam dah boleh jawab tapi biler result kuar….sedih dan mengecewakan……
Last assignment yang nak kena hantar adalah assignment pesticide. Frankly speaking, waktu tu aku rasa ini la kemuncak cabaran untuk aku. Entah kenapa terasa macam itulah assignment yang paling susah nak buat. Sangat tertekan nak menyiapkannya. Orang relax je dah boleh 20-30 page, aku terkial-kial nak siapkan 5 page. Dan siap juga akhirnya.
Dah settle sume kerja so kirenya dapatlah aku berehat dan bercuti dengan enaknya. Tapi hati ni macam berat pulak terasa tetiba macam tak boleh balik je….
Dan aku takkan lupe kajadian di pagi itu….
Aku rasa macam ada benda je yang kurang. Hmmm...otak cuba mencerna.
Alamak!
‘Aku tak jumpa DPT. Mana aku letak?’ haru. Baru pagi ni aku perasan aku terlupa DPT aku. kalau tak de DPT aku takkan dapat kuar daripada
‘Macam mana kalau aku tak jumpa?’ mata dah terasa panas dah ni.
‘Ya Allah, macam mana ni, aku nak balik.’
Dan airmata bukan jalan penyelesaian.
Lalu aku menekan keypad telefon bertanyakan pendapat.
‘
‘tak de’.
‘
Camner nak cakap ngan En.Din ni. Suara pun nak taknak je kuar.
'Celah-celah beg ker?'
‘
Lalu aku pun call la imegresen airport.
‘Encik, DPT saya hilang dan flight saya pagi ni, macam mane ye?’
‘Okey, awak pergi ke imigresen Bintulu dan mintak
‘Saya punye flight pagi ni kul 11.30. sempat ke encik?’ Tanya aku.
‘Sempat,’ kata pegawai tu.
‘ok terima kasih encik’.
Lalu aku kemas pe yang patut dan bawak la pe yang aku ade. Dengan motor cik yanti aku redah hujan renyai-renyai menuju ke imigresen Bintulu. Aku kene cepat sampai sebab masa tu dah hampir kul 8.30 pagi.
Di Imigresen.
‘Kak, saya punye DPT dah hilang dan saya kena balik hari ini. saya ada call imigresen airport dan kata saya boleh mintak
‘Flight awak kul brapa? Bila DPT awak hilang?’ Tanya cik kaunter imigresen.
‘Kul 11 pagi. Pagi tadi baru saya sedar’.
‘Awak tukar flight awak petang boleh sebab pegawai tak de sekarang’.
‘Kalau saya tukar, saya kena bayar lagi. Mana boleh saya tukar kak. Pihak airport mintak
Sebak rasanya.
‘Ye la nak mintak
Lalu bergegas la aku ke balai polis yang berhampiran.
Aku memberitahu perkara yang sama kepada pegawai polis yang bertugas.
‘Awak kene pergi balai polis dekat
‘Ya Allah’. Jam dah kat pukul 9 ni. Mata dah berkaca-kaca dan tak boleh nak bercakap dah. aku angguk je la.
‘Awak buat report kat sini pastu awak datang sini balik minta cop kat sini, cepat sikit. Nanti saya call pegawai kat
Dan selepas aku memberi namaku tanpa membuang masa aku terus bergegas ke balai polis
Di balai polis
‘huh. Nasib baik orang tak ramai tapi kat kaunter ade orang lagi. Aduh cepat la’
‘K.ya kitorang gerak dulu. Semua orang dah ade. K.ya sorang je lom ada. Saya dah bagitau kat jamil suruh tunggu k.ya. nanti kalau dah setel k.ya msg jamil je.’
Begitu la mesej dari Yanti.
Kaunter dah kosong. Tanpa berlengah lagi aku terus ke kaunter.
‘Dik, amik nombor dulu ye. Bukan pe untuk rekod kami. Tekan je dik,’ pinta polis yang bertugas.
‘Adoi la. Macam-macam la’.
Dan lepas tu aku bgtau perkara yang sama macam yang aku bagitau kat polis ngan imigresen sebelum ni.
Dan pakcik polis tu pun tolong aku mengarang cerita tuk report aku.
‘k.ya kiteorang check-in dulu’ lapor yanti. [adoi makcik ni susah-susah je buat laporan]
‘ok lepas ni awak gi bayar dulu kat bangunan
‘Lepas tu saya kene datang balik ke sini ke?’ Tanya aku.
‘Hmm..ye la. Awak nak balik nantikan?’.
Dan lepas buat pembayaran aku datang balik ke one-stop centre tu.
‘Awak duduk dulu ye. Tunggu pegawai kejap. Dieorang tengah meeting sekarang ni’, bagitau polis tu.
‘Isk ni tak leh jadi ni. Kalau tunggu tak tau bile tu pegawai abis meeting.’
‘Macam ni la encik, tadi saya dah ke balai polis kat sane. Pegawai kat
‘Hmm…boleh jugak kalau macam tu,’ kata polis tu sambil menghulurkan report aku.
Dan tanpa melengahkan masa lagi aku terus memecut motor ke balai polis yang satu lagi.
Sampai je terus aku hulurkan report tadi. Dan mase terus berlalu.
‘Duduk dulu. Tunggu kejap ye, pegawai saya tengah tandatangan tu. Flight kul brape? Tanya pakcik polis.
‘kul 11.30 pagi ni,’ jawab aku.
‘Ni nak balik raye la ni. Nak balik mane? Orang semenanjung?’
Aku hanya mampu mengangguk je sambil berharap ‘cepat la siap. Masa terus bergerak. Jam dah menunjukkan kul 9.30 dah. Sempat ke?
Dan akhirnya selesai jugak urusan di balai polis. Terus je aku menuju ke arah motor.
Rasanya masih sempat lagi ni. Tapi motor pulak tak hidup. Penat aku
Dengan lafaz Bismillah aku cube lagi skali. Fuh, Alhamdulillah mau jugak die hidup! Terus aku pecut ke imigresen.
Di imigresen…
Aku terus menghulurkan apa yang patut.
‘Awak de bawak pas pelajar x?’ Tanya akak yang jaga kaunter tu.
Aku terpinga-pinga lagi.
‘
‘Kad matriks ke?’ Tanya aku.
Dan aku hulurkan je pape yang aku dah bawak termasuk la kad matriks. Nasib baik pas pelajar tu aku masih lagi simpan dan jumpe sebelum aku datang sini tadi.
‘Awak de bawak tiket tak,’ Tanya akak tu lagi.
Aku hanya menggeleng-geleng. ‘Saya beli online so memang tak de tiket tu’.
‘Tapikan die selalu de bagi salinan tu?’ Tanya imigresen tu lagi.
‘Saya tak print mende tu,’ kata aku lagi. Aku dapat melihat air muka dieorang yang semakin keruh.
Dan waktu tu aku rasa harapan makin kabur.
‘Tak pe awak isi boring ni dulu’.
Dengan tangan menggigil aku isi borang itu. Dan aku menanti lagi.
Jamil pun dah bertolak. Lagipun masa tu dah dekat pukul 10 pagi. Tak pe la lagipun aku memang bercadang untuk amik teksi je ke airport. Hmmm…..tu pun kalu sempat.
Tetiba akak imigresen yang tolong aku dari awal datang.
‘bila lagi DPT awak tu hilang? Kenapa tak check awal-awal? Lain kali seminggu sebelum balik dah kene check dan pastikan mende tu ada,’ membebel akak tu. Dan aku hanya diam tak terkata apa. Sabar je la. Memang salah aku.
‘Awak tukar flight ke petang tak boleh ke?’ Tanya akak tu lagi.
‘Rasenye kene bayar RM50 je,’ makcik mane ntah yang tolong jawab tuk aku.
‘Kak, kalau saya tukar flight ke petang, sama la macam saya beli tiket baru kak,’ jawabku.
Mak cik yang menyampuk tadi bercakap-cakap pasal tiket tu lagi ngan makcik yang sorang lagi. Aku tak kuasa nak menyampuk dah.
Setelah menanti beberapa minit, aku diminta isi satu lagi borang. Dan tunggu lagi..
Tik tok tik tok tik tok………
Jam dah tunjuk kul 10.10 pagi. ‘Ya Allah, tolong aku’.
‘Dik, de bawak gambar tak?’ Tanya imigresen lagi.
‘Adoiii, Gambar?’ dan aku hanya menggeleng.
‘Ni nak kene gambar jugak ni. Awak pergi amik gambar kejap kat depan tu kejap,’ syor imigresen tu.
‘Ya Allah, memang takkan sempat la’. Kata hatiku. Dah air mata tumpah lagi.
‘Kak, tolong la kak. Tak sempat kak, kaunter tutup kul 10.45 pagi kak.’
‘Sempat. Kejap je ni nak kene wat DPT baru nak kene gambar jugak. Nak 2 keping gambar ni’.
‘Kak, saya takkan sempat kak. Memang tak sempat. Tolong la kak. Saya de call imigresen airport.
Dieorang kata saya cume perlu mintak
‘Sape yang bagitau awak?’ Tanya akak tu.
‘Saya tak tau kak. Tapi memang saya call die sendiri.’
Dan waktu itu ade 4 pasang mata imigresen yang sedang memandang aku.
Dan mereka bercakap sesame sendiri.
Dalam hati aku berkata, ‘cepat la….tak sempat nanti.’
Dan mereka cube membuat panggilan ke imigresen airport.
Dan aku terus menanti dengan masa yang terasa begitu cepat bergerak.
Tik…tok…tik…tok….tik…tok….jam dah menunjukkan 10.20 pagi.
Aku takkan sempat. Terasa waktu itu mau sahaja aku meninggalkan pejabat imigresen ini sekarang dan pergi ke mana sahaja untuk menghaburkan segala-galanya.
‘Dik, awak amik
Aku hanya mengangguk walaupun terasa dah tak berdaya nak melangkah lagi.
‘terus ke airport ye!’
‘Habis tu beg aku cam ner? Takkan aku nak pergi sehelai sepinggang je?’ monolog aku dalam hati. Aku melihat jam. 10.25 pagi.
Aku terus bergerak dan sesampai di
‘Pakcik sempat tak ke airport dalam masa 15 minit?’ Tanya aku pada pak cik driver.
Sambil melihat jam di tangan pak cik itu berkata, ‘sempat kalu bawak laju sikit.’
‘ok kalau macam tu boleh pakcik ke UPM sekarang? Saya tunggu pak cik. Saya kene sampai sebelum pukul 10.45 pagi. Pak cik tunggu depan klinik ye?’.
Dan aku terus memecut ala-ala menunggang kude pun ade rasanye. [tau-tau je la jalan UPM bila bawak laju]. Aku cume berharap agar tidak berlaku pape yang tidak di ingini sahaja.
Sampai sahaja di depan klinik terus aku naik ke bilik dan mengambil segala barang-barang aku. lagi 10 minit sebelum 10.45 pagi. Aku hanya tawakkal je. Biarpun aku rasa aku takkan sempat sampai pukul 10.45 pagi dan takkan sempat untuk check-in. papehal biarlah aku sampai ke airport dulu. Lain-lain aku akan fikir kemudian.
Dan dalam teksi aku aku hanya fikirkan satu bende sahaja.
‘Apalah alasan yang aku patut bagi kat mak aku?’
Dan aku telah mula membayangkan apakah yang bakal terjadi andai aku tak pulang beraya. Dalam kepala aku dah mula merancang apa aktiviti yang aku akan lakukan jika aku terpaksa beraya di bilikku.
Pakcik teksi pun nampak macam risau lak tengok aku. Die pula
Menghampiri airport jam telah menunjukkan 10.54 pagi.
Dan aku perlu pasrah dan redha dengan apa yang bakal berlaku nanti.
Masihkah ada sinar harapan untukku?
Di airport.
‘Cepat. Kamu pergi masuk dulu. Beg kamu nanti saya tolong angkat untuk kamu,’ arah pakcik drebar.
Dan aku hanya mampu mengangguk.
‘Tu ade ramai lagi orang tu. Mesti sempat punya,’ tambah pakcik drebar lagi untuk menyedapkan hatiku yang semakin tak keruan.
‘Nanti saya bayar duit pakcik ye.’
Dan aku terus melangkah sepantas yang mungkin untuk ke kaunter.
Alhamdulillah aku nampak kelibat Ayu, Bill, Jamil dan barisan yang memungkinkan aku untuk diberi kesempatan untuk check-in.
Setelah selesai semua urusan, aku berasa sangat lega. Sokongan dari teman-teman yang menanti di airport mampu mengendurkan segala otot-otot dan urat yang menegang dengan apa yang telah berlaku.
Ketika kaki melangkah untuk masuk ke balai pelepasan aku menyedari,
'INILAH TEGURAN DARI ALLAH UNTUK AKU'
- Bersyukur dan hargai setiap kesempatan yang diberikan.
-Jangan terlalu mudah menyerah selagi belum sampai ke penghujungnya.
-Yakin la dengan setiap ketentuan Allah untuk hamba-hambaNya.
p/s :
Thanx a lots to all my frens yang tak putus-putus berdoa dan memberi cadangan padaku. Sokongan korang jugak yang telah membulatkan tekad aku untuk bergolek-golek.
Sebelum balik mesti mau periksa dokumen-dokumen penting at least seminggu sebelum balik agar tidak menjadi huru hara macam aku.
Dan kepada Cik Raihan: If u read this entry, please don't tell anybody especially family members.
Thursday, August 20, 2009
Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan

Allah Yang Pemurah lagi Maha Menyayangi.
Ramadhan kembali menjengah. Syahdu dan sayu rasa dihati
kerana
DIA masih memberi peluang dan kesempatan kepadaku untuk meraikan dan merasakan kenikmatan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.
Sungguh aku merindui Ramadhan...
Ya Allah,
Kau berikanlah peluang dan kesempatan kepadaku
untuk menikmati RamadhanMu kali ini.
Ramadhan sentiasa memberi aku ketenangan
Ramadhan sentiasa membuat hatiku syahdu dan mudah tersentuh
Ramadhan sentiasa mendamaikan jiwaku
Ahlam wa sahlan Ya Ramadhan...kehadiranmu sentiasa dinanti-nantikan
Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih banyak keinsafan
Sama-samalah kita berlumba dan merebut keberkatan Ramadhan

Wednesday, August 19, 2009
Kelapa atau Mutiara
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang Yang
Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa..mudah
diperoleh Diparut..Diperah.. Dan diambil
santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir
mutiara..Berada di dasar lautan.. Tersimpan
rapi..Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang
bertuah..Beruasaha menyelami dasar
lautan..Dapat memperolehnya..Harganya mahal
sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi.. Kamu pilihlah samada hendak menjadi
kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan.. menjadi penyedap
makanan..diperah segala kenikmatan.. dengan
mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari
dimakan..pulut panggang sisa habis ditelan.. dan
santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat
hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang
jasa santan..
Mutiara..tertanam di dasar yang paling
dalam..sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana dilapisi kulit yang keras namun kiranya
ditemui insan.. akan menjadi permata
hiasan..terletak tinggi di cincin idaman.. atau di
leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin
lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..
OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN..
Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi
hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang
segala nikmat dan pujian..
Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila
dihias indah gadis perawan.. hilang ia..tangisan
mengiringi berzaman..
http://mujahidharaki.blogspot.com
Tepuk dada tanya Iman
Jangan tepuk dada selera kerana itu hanyalah nafsu semata-semata
Kerna
Wanita bakal menjadi pencetak dan pembentuk bakal pemimpin generasi akan datang
Tangan wanita yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia
Tuesday, July 21, 2009
Pahitnya peria......
'K.ya nak makan pe?' tanya Ica.
hmmm....
Banyak sangat pilihan yang ade di depan mata walaupun tiap-tiap hari pilihan yang terbentang dalam tray adalah lauk yang sama.
'Mak cik, bagi saya nasi separuh, ayam goreng dengan peria tu, tapau ye.' Pilihan tengahari itu untuk mengisi perut yang dah menyanyi-nyanyi setelah memerah otak dalam kelas tadi.
'K.ya makan peria? Pahit la sayur tu.' kata Ica.
'Sedap sayur ni,' sampuk mak cik yang jual nasi tu.
Aku sengih je. 'Makcik, kalau tak sedap boleh pulangkan balik tak?' gurauku.
Senyum je mak cik tu sambil kata, 'Mesti sedap punye la'.
Situasi 2
'Nampak macam sedap la plak aku tengok budak-budak ni makan,' kata hati kecilku.
'Tikah bak sini sikit, nampak macam sedap je,' pintaku pada Cik Tikah Kelawar.
'Ya Allah, apsal pahit ni, pucuk paku pun pahit ke,' kataku sambil menahan rasa pahit dalam mulut. Nak buang tak sampai hati. Telan je la. Selama ni aku makan pucuk paku sedap je, tak de pulak rasa pahitnya.
'La kan dalam tu ade skali ngan pucuk betik memang la pahit. Kan Tikah dah cakap tadi. K.ya tak pernah makan ke?'
'La ye ke? tak dengar pun.' balas ku. Mane la aku pernah makan pucuk betik. Menu pucuk betik+pucuk ubi kayu nampak menyelerakan tapi memang giler pahit.
'Memang la pahit tapi sedap ni, bagus skali untuk orang perempuan,' tambah kak Sum, tukang masak menu tu.
'Makan lagi la, sedap ni,' kata Kak Sum.
'Udah kak. Tak tertelan saya. Pahit sangat,' kataku.
Hari tu hari Ahad, kitaorang bawak bekalan makanan dari rumah dan berkelah di kebun. Kami kongsi makanan ramai-ramai dengan Kak Sum, Kak Ririn, Bang Budi sama Pak Takim, perantauan dari Batu Malang.
Topik kali ni bukan nak cerita pasal aku gi makan kat Foodcourt UPMKB ataupun aku berkelah di Kebun Epal......
Tapi apa yang nak dikongsikan disini adalah rasa PAHIT. Dulu masa kecik-kecik dulu aku sangat tak suka makan makanan yang rasa pahit. Peria tu aku baru tahu bentuk pun masa kat UPMKB ni la. Itupun sebab kengkawan aku suka sangat makan.
Ramai orang tak suka makan peria sebab rasenye yang PAHIT.
Ramai yang tak suka minum kopi tanpa gula sebab rasanya yang PAHIT.
Ramai tak suka makan ubat sebab rasanya PAHIT.
Dan aku tak suka makan pucuk betik sebab rasanya PAHIT.
Aku tak ingat sejak bila aku mula makan peria. Memang rasanya pahit. Tapi disebalik rasa pahit ada sesuatu yang aku boleh rasakan dan di implementasikan dalam kehidupan aku.
Dalam sehari-hari kita makan sampai 6-7 kali sehari, berbagai rasa yang akan kita rasa. Ada manis, ada pahit, ada masin, ada masam ada pedas dan ada yang secukup rasa.
Macam tu juga dalam hidup kita.
Peria memang pahit rasanya. Tapi aku selalu makan bersama-sama dengan nasi dan ayam goreng. Nasi rasanya tawar + ayam goreng rasanya sedikit masin+peria yang pahit= sedap jugak. Tak terasa pahitnya peria, masinnye ayam goreng dan tawarnya nasi. Macam tu jugak dalam kehidupan kita. Memang dalam kita mengembara, pasti kita akan mengalami peristiwa pahit yang sukar untuk kita lupakan. Segala-galanya kita telan sendiri. Pahitnya kadang kala membuatkan ada orang ingin tamatkan saja riwayat yang masih ada. Nauzubillah mintak dijauhkan oleh Allah SWT. Tapi kalau kita berkongsi kepahitan itu bersama-sama nasi dan ayam goreng, biarpun masih terasa pahitnya tapi tidak sepahit jika kita hanya makan peria semata-semata. Ayam goreng dan nasi putih itu boleh diumpamakan seperti keluarga dan sahabat.
Biar seteruk mana pun kita, mak ayah kita masih sayangkan kita. Keluarga adalah pemberi semangat yang terbaik di dunia ini. Hilang mereka tiada penggantinya. Hargailah mereka. Hanya mereka sahaja yang sanggup bersama-sama kita dikala kita kehilangan arah.
Sahabat sejati pula adalah teman setia yang akan sentiasa bersama-sama kita suka dan duka, susah dan senang. Bersyukur la pada yang dikurniakan sahabat sejati. Rugilah pada sesiapa yang telah meninggalkan 'dia' dan teruskan lah mencari pada yang belum menemuinya. Dia pasti ada disitu hanya menanti dijemputmu. Melihat dengan mata hati dan kau akan temuinya.
Pahit itu ubat.
Ubat untuk penyakit 'lupa diri'.
Kadang kala DIA menurunkan ujian supaya kita kita lebih dekatNYA. Itu tanda DIA sayang dan rindukan kita menyebut namaNYA.
Wallahualam.......
Sharing is Caring.........Tuesday, June 30, 2009
Hands of 'pakcik drebar'
Waduh hati ni terase berdebar-debar plak tapi 'excited' pun de jugak (sebabnye akan berada di tempat yang begitu asing selama 2 bulan). Dah la baru je lepas dari litar F1 pak cik drebar bas. (maunye tak perjalanan yang amik mase 3 jam jadik 2 jam mau tercabut jantung). Ni sume gara-gara kelewatan bas lewat dari masenye si kene bawak laju sebab nak kene kejar flight kami kul 7 pagi ke Ba'kelalan. Fuh! kalau tertinggal flight ni alamatnye luse ataupun minggu depan kut baru leh sampai ke tempat praktikal.
Yang berdebar-debarnye bukannye tak biase naik flight tapi 1st time naik Twin Otter 19 seat. TO ni kecik je sebab tu tak leh bawak barang banyak-banyak. Dan bandannye yang kecik tu kalau angi kuat huh memang bergegar ler jawabnye. Dah check in masuk, kami tunggu je dipanggil tuk masuk Twin Otter.
Lain rasenye naik TO ngan naik Air Asia. TO terbang rendah je so dapat la kami tengok pemandangan di bawah. Rasa macam tengok perkampungan semut la sebab sumenye kecik2 tapi sangat cantik. Tengah syok-syok tengok tu tiba-tiba rase gelap semua pemandangan............ZZzzzzzzzzzz. (Tido la pe lagi, tak cukup tido da. Penat sangat).
Masa nak ke Bakelalan masa banyak dihabiskan dengan tido jadi tak de la terasa sangat gegaran. Tapi yang paling Tak tahan adalah bile nak balik ke Miri. MasyaAllah, bergegar-gegar sampai naik pening-pening nasib baik tak muntah. Tapi masa tu ramai yang dah mabuk dah.(bukan mabuk sebab 'minum'). Mase tu rasa nak je cepat sampai. Memang tak tahan bangat. Papepun terima kasih sekali lagi pada Pakcik-pakcik drebar TO.
Saturday, June 27, 2009
Cerite sikit...
'This Celcom Territory'?

'Bersamamu, walau kemana jua'?

'Aktifkan diri anda bersama Hotlink'?

Hampeh je semua tu. Dulu ada jugak public phone tapi dah rosak. tapi bukan sebab vandelisme tau. Orang kat situ bukan nye macam manusia2 yang begitu kreatif tak bertempat macam korang yang 'terlebih sivik'. Telefon rosak sebab tak de maintenance daripada orang yang bertanggungjawab. Jadiknye dua bulan jugak la tak dapat nak call family.
Internet?
Ade. Tapi kenela pergi sekolah yang jauh di hujung kampung. Hanya orang-orang yang rajin sahaja akan pergi ke sekolah tuk serve internet. Dan aku bukan la yang tergolong dalam golongan itu. Tanpa alat komunikasi kadang kala menyeronokkan sebab kadang-kala telefon ni membuat aku sakit jiwa. Bukan salah telefon tu pun tapi orang yang menghantar mesej tu yang buat aku sakit jiwa. Tapi biase la telefon jadi mangsa. Jadi disebabkan hampir 4 bulan telefon itu 'sakit' elok juge la rehatkannye seketika untuk 2 bulan.
TV?
Fuh! Kalau korang nak tengok siaran Indon pun boleh. Tapi tu pun kalu de letrik la. boleh dikatakan 3 minggu terakhir rumah yang tumpang tiada letrik. Nasib baik la air ada. Nasib baik la malam sejuk tahap ngaban. Tak de la kisah kalau tak de letrik pun. (Cess, gaya cam ade kipas je).
Makan?
Tu kene la masak sendiri. Masalahnye tong gas kat sane tu RM80-RM100 tuk setong. Adoiiya mano la nak korek duit. Bukan de mesin ATM pun kat sana. Jadi terpakse la kami menggunakan cara lame iaitu masak dengan kayu api.
Alamak? Betul ke dapur n? Tu Cik Tikah tengah masak tuk sarapan pagi tu..........
Ni la dapur kat rumah kami yang sebenar. Dapur kayu untuk memasak. Dan juga untuk memanaskan badan.
Hehehe....tapi masak air je la. Nasi dan segala lauk pauk kami masak guna dapur gas. Terima kasih la kat tuan rumah sebab sponsor kami tong gas.
Seronok tinggal di sana tapi.................
Saturday, April 11, 2009
Awak
Awak ingat tak masa kita mula-mula kenal dulu. Masa tu hari pertama pendaftaran sekolah budak-budak darjah satu. Mula-mula saya nampak, awak ceria je. Saya pulak muka masam [protes sebab kena bangun pagi]. Awak senyum kat saya. Tapi saya tak senyum kat awak. Lepas tu kita jupa lagi dalam kelas. Rupa-rupanya, budak yang senyum kat saya tadi adalah awak yang duduk kat sebelah saya. Awak hulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Awak senyum lagi kat saya. Kemudian saya balas senyuman itu walaupun tidak semanis senyuman awak. Sejak dari itu kita jadi kawan baik.
Awak,
Awak ingat tak masa si badigol yang ntah pape tu ejek saya. Dia kata saya pendek, ketot lepas tu bodoh lak [sesuki hati dia je. Gaya cam IQ dia macam einsten]. Masa tu saya rasa marah sangat. Ye la awak kan tahu saya ni kepala hangin. Nak je saya balas balik 'Muka dah la berjerawat batu, gemuk lak tu perasan pandai, de hati nak jadi einstein'.Tapi mak saya kata jangan balas balik ejekan sebab tu maknanya saya dengan si badigol sama. huh, saya taknak jadi macam dia!. Jadi bila saya marah saya tak lepas semua benda yang buat serba tak kena. Saya tak tau la camner saya boleh tersilap ambik buku awak hari tu. Puas awak cari tapi tak jumpa. Lepas tu bila awak nampak saya pegang buku awak, terus awak mengamuk. Saya dah mintak maaf tapi macam-macam awak kata kat saya. Masa tu saya memang hangin sangat. Apa lagi gaduh besar la kita hari tu. Semua orang dah pandang kat kita. Akhirnya bila saya tak tahan lagi, terus saya lari kat bawah pokok rhu kat tepi padang. Tu la tempat yang selalu kita lepak. Tengah duduk termenung kat situ, tiba-tiba awak datang hulur aiskrim sambil pegang bahu saya. Awak kata 'dah lega sekarang?'. Saya dah pandang muka pelik. Lepas tu baru saya sedar rupa-rupanya awak sengaja cari gaduh dengan saya sebab awak nak saya lepas semua kemarahan saya. Terima kasih awak.

Awak,
Saya tak tahu macam mana kita boleh jadi kawan baik. Minat kita dah la tak sama.
Awak masuk pasukan debat sekolah, saya masuk pasukan seni bela diri sekolah.
Awak jadi pengerusi kelab catur, saya jadi ahli biasa kelab kembara.
Awak petah sekali ketika berbicara, saya pula pendiam.
Awak duduk kelas depan, saya duduk kelas belakang.
Awak budak pandai, pelajar harapan sekolah. Saya pulak tak de la pandai sangat.
Tapi awak tetap jadi kawan baik saya. Bila saya nangis awak bagi pinjam bahu awak. Bila saya diam seribu bahasa awak tetap duduk sebelah saya menemani saya. Kita selalu abiskan masa bersama-sama. Awak selalu bagi semangat kat saya lepas tu awak sanggup ajar saya apa-apa yang saya tak faham biarpu awak kena ajar berulang-ulang kali.
Awak kata, 'Biar dapat sikit jangan sampai tak dapat langsung'.
Awak,
Bila result SPM keluar, awak dapat keputusan yang sangat cemerlang. Saya cuma dapat biasa-biasa aja. Saya tengok awak ceria sangat sambil dikelilingi kawan-kawan dan cikgu. Saya pun kalu boleh nak pergi dekat dengan awak. Saya nak ucap tahniah kat awak. Tapi nampak awak sibuk sangat terima ucapan tahniah. 'Hmmm... Tak pe la mungkin nanti saya boleh ucap tahniah kat awak.' Lepas tu saya pun duduk lepak kat bawah pokok yang selalu kita lepak dulu. Saya imbau kembali kenangan kita bersama-sama dulu. Lepas ni kita akan bawa haluan masing-masing. Awak mungkin akan sambung belajar kat Ireland ambik perubatan. Itukan cita-cita awak. Saya pula rasanya akan sambung ke tingkatan 6 agaknya sebab saya rasa saya tak layak tuk ke matrik. Tanpa saya sedari airmata menintis ke pipi. Sedih dengan perpisahan yang akan terjadi. Saya akan kehilangan awak. Tiba-tiba bahu saya terasa hangat. Bila saya berpaling, saya lihat awak duduk sebelah saya sambil tersenyum. Manis sekali. Senyuman itu pasti akan membuatkan ramai lelaki tertawan padanya. Awak kata, 'Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Tapi perpisahan itu tidak akan memutuskan ikatan yang dijalinkan dari keikhlasan hati dan ianya akan berada di situ sampai bila-bila.' Kemudian kita nangis sama-sama. Lepas tu kita pergi makan aiskrim sambil bergurau senda.
Awak,
Apa khabar awak sekarang? Harap-harap sekarang dah menghampiri cita-cita awak nak jadi doktor. Sejak kita berpisah hari tu, terus kita terputus hubungan. Last sekali saya dengar pasal awak, dengarnya awak dah ke luar negara. Tapi saya tak tau awak buat apa kat sana. Ramai kawan-kawan kita tanya pasal awak. Tapi kami semua tak ada khabar berita pun pasal awak.
Awak,
Sekarang saya dah jumpa ramai kawan. Diorang pun macam awak jugak. Selalu sama-sama dengan saya bila saya susah. Mereka pun akan ajar saya bila ada yang saya tak faham. Awak jangan risau. Saya ikut nasihat awak. Awak kata saya kena bagi peluang pada semua orang untuk berkawan dengan saya macam saya bagi peluang pada awak untuk menjadi sahabat baik pada saya. Terima kasih awak. Sebab nasihat awak tu saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat baik macam awak juga. Tapi awak tetap akan menjadi sahabat saya yang tiada penggantinya sampai bila-bila.
Awak,
Biarpun kita dah tak bersama, saya tetap ingat pesanan awak supaya saya tak mudah berputus asa. Saya pun sekarang dah boleh kawal kepala hangin saya sebab saya tak jumpa lagi aiskrim yang boleh bagi saya sejuk macam yang awak bagi kat saya. Saya pun sekarang dah tak suka nangis lagi sebab saya tak jumpa lagi bahu yang lebih selesa dari bahu awak. Saya pun dah tak makan aiskrim lagi sebab kalau saya makan aiskrim saya akan nangis sebab teringatkan awak. Saya harap satu hari nanti kita boleh bertemu dan awak akan sentiasa di hati saya.
'Open your heart and it will find its way"

[hanya yang mengerti akan memahami]
*cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena samaada yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Thursday, April 9, 2009
Saturday, April 4, 2009
MPP oh MPP
Kursus Induksi MPP sesi 2007/2008 mempunyai nostalgia dan pengajaran yang tersendiri. Sebab:
Pertama kali aku naik MAS dan ditanggung sepenuhnya oleh UPM.
Lepas itu, mendarat di KLIA dan itulah pertama kali aku menjejak lapangan terbang kebanggaan Malaysia.
Dan menginap di UPM semalaman di kamar Kak Yong, S/U. Ceritanya, waktu itu juga adalah pertama kali aku sampai ke UPM Serdang.
Esok pagi, bertolak ke Genting Highland juga buat kali yang pertama dalam hidup aku. Dan waktu itu juga pertama kali jdapat jumpa dengan MPP Serdang.
Pengalaman baru memang menyeronokkan. Dan kadang kala perkara menyeronokkan itu boleh membuat kita terleka. Sebab itu aku tersentak! Aku lupa segala perbelanjaan sepanjang 5 hari kali di Genting Highland yang boleh tahan selesanya dan tambang tiket kapal terbang aku adalah wang rakyat yang membayar cukai dan wang pelajar yang membayar yuran.
'Pap!Tetiba terasa seperti ada batu besar jatuh atas bahu. Betapa beratnya amanah yang diberi dan aku menyedari kalau aku tidak memberi sepenuh perhatian pada kursus ini bermakna aku telah membazir duit pelajar-pelajar UPM amnya. Dan sudah tentu itu juga bermakna aku tidak amanah.
Dan kata-kata itulah yang sentiasa menjadi ingatan sepanjang aku menjadi MPP. Tidak dinafikan ada seronoknya menjadi MPP dan banyak yang tak seronok sebenarnya. Banyak yang aku belajar sepanjang aku menjadi MPP.
Sukar sebenarnya menjadi wakil bagi Kampus Bintulu. Kadang kala bila aku ke Serdang, MPP di sana pasti akan bertanya masalah di Bintulu. Dan pada aku itulah soalan paling sukar untuk dijawab. Kalau aku kata kami tak ada masalah, itu memang sangat mengarut. Tapi kalau aku beritahu masalah pun aku tahu masalah itu takkan kemana pun sebenarnya sebab kebanyakkan masalah adalah melibatkan dalam lingkungan UPMKB sendiri. Tapi itu tidak bermakna aku hanya sekadar berdiam diri. Aku hanya memberitahu situasi yang sebenar. Bukan aku mengharapkan tindakan mereka di Serdang tapi aku rasa aku perlu meminta pendapat mereka dan sesuaikan mengikut keadaan di UPMKB. Aku bercerita pasal UPMKB agar mereka memahami kehidupan dan suasana di UPMKB. [aku hanya bercerita apa yang patut aku cerita saja]
Dan disini pelajaran yang aku dapat adalah, 'Menjadi MPP bukan sekadar mencari isu-isu panas untuk diselesaikan tetapi juga perkongsian ilmu'. Situasi di Serdang dan Bintulu tidak sama tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh membuat perkongsian. Perkongsian melalui perbincangan mampu membuka minda agar lebih terbuka dengan memandang jauh kehadapan.
Agak mengecewakan kalau MPP hanya mengharapkan akan ada masalah-masalah besar ataupun masalah-masalah baru. [Bila merasakan tiada masalah *seperti yang dinyatakan adakah patut seorang MPP merasa kecewa] Adakah seorang polis akan mengharapkan akan berlaku jenayah setiap hari? Adakah seorang doktor akan mengharapkan akan ada pesakit setiap masa? Adakah ahli bomba akan mengharapkan akan ada kebakaran akan berlaku?
Memang kita akan sentiasa mengenal pasti masalah dan akan cuba menyelesaikannya tapi jangan sekali-kali mengharapkan akan ada masalah yang besar yang dihadapi pelajar. Orang sebegini pada pandangan aku hanya mengharapkan glamour supaya diingati sebab berjaya menyelesaikan masalah besar. (Mimpi di siang hari je la) Mungkin objektif atau matlamat MPP Serdang yang berkunjung ke UPMKB ini perlu diperluaskan lagi. Datang ke UPMKB bukan sekadar mendengar masalah pelajar tetapi juga membuat perkongsian mengenai pengurusan struktur organisasi ataupun mengenai pengurusan program atau apa-apa sahaja perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk warga UPMKB. [ibarat kata berkongsi ilmu memancing untuk menangkap ikan]. Jadi tak adalah rasa membazir sangat. Jangan hanya kuantiti yang datang sahaja gempak dan nampak glamour tapi hasil kunjungan tak ada hasil [diharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku]. Kalau betul-betul nak cari masalah 'besar', kenal dulu dengan UPMKB. Datang Bintulu, biarla betul-betul lawatan kerja bukan sekadar datang nak melancong ke Sarawak bila balik, simpan segala aduan dan laporan dalam fail, tutup lepas tu tunggu anai-anai makan. Kome pikir ler sendirik ye.
Aku tak tahu ape relevannya membawa berbodong-bodong MPP Serdang untuk datang ke UPMKB. TNC HEPA sendiri dulu telah bersetuju untuk tidak menghantar lagi MPP ke sini. Jika sesi yang lepas hanya YDP dan PAnya sahaja yang datang tapi kali ini 30 orang telah datang. Harap-harap jumlah yang ramaii ni tidak hanya menghabiskan beras sahaja. Pada pendapat aku kalau yang wajib datang pun adalah YDP dan mungkin 2 atau 3 orang kanannya. Relevannya adalah selaku YDP, beliau perlu mengetahui secara keseluruhan pelajar-pelajar yang diwakilinya.
Setelah melibatkan diri secara langsung dengan perjumpaan mereka di blok masing-masing, aku mengemukakan beberapa teori:
a) MPP yang datang ke sini kelihatan seperti tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai Bintulu. Iaitu tidak mengulangkaji mengenai masalah-masalah yang pernah dibawa ke Serdang.
b) Kelihatan seperti mereka tidak bersedia mental untuk menghadapi para pelajar disini. Relevannya adalah kebijaksanaan dan kepetahan dalam menjawab persoalan para pelajar tidak menyerlah. (tulah korang tak tau penangan pelajar kat sini).
Jangan hanya memandang enteng kepada setiap masalah yang datang tidak kira walau sekecil manapun masalah yang datang. Yang kecil itulah yang perlu dibendung supaya tidak menimbulkan masalah besar melainkan memang 'mereka' mengharapkan untuk jadi 'hero'. Hanya berpunca daripada daripada tusukan jarum yang hanya beberapa mikrometer kadang kala boleh membawa maut.
Jangan rasa diri kita lebih tinggi dan hebat daripada orang lain. Kuasa sementara yang kita dapat itu pun sebenarnya diberi oleh pelajar dan setiap undi yang seorang MPP dapat adalah bukan nombor semata-mata, sebaliknya jumlah amanah yang diserahkan setiap pelajar kepada calon pilihan mereka.
Aku akui, aku bukan la bagus sangat & maybe i'm da worst MPP sebab aku sendiri pun banyak kekurangan dan apa yang aku lakukan sebagai menjalankan amanah yang telah diberikan. Aku pernah jadi MPP dan aku pernah juga menjadi pelajar biasa. Kedua-dua sudut pandangan dah aku lihat. Aku memberi pandangan apa yang aku lihat dan dengar. Siapa yang tak puas hati leh bagitau. Relevannya aku menulis bukan untuk kondem sesiapa, tapi isu mengenai ini telah lama dibangkitkan sejak zaman Tuk Kaduk lagi. Aku bersuara sebagai salah seorang pelajar. dan bukan sebagai mantan MPP atau MTM. Setelah kita melangkah kehadapan kenapa perlu di undur? jadi diharapkan rombongan yang telah datang mencapai 'objektif' mereka.
Apa yang aku dan teman-teman seperjuanganku lakukan sepanjang berada di barisan hadapan pelajar bukan untuk memburukkan sesiapa . Bukan itu matlamat kami. Apa yang kami lakukan adalah dari pelajar untuk pelajar. Demi kebaikan bersama. Kami lakukan demi rasa kasihnya kami kepada kepada UPMKB. Kalau ada yang merasakan apa yang kami lakukan hanya memburukkan imej dan nama baik UPMKB, anda silap. Secara peribadinya, aku sendiri pelajar UPMKB, kalau aku memburukkan nama tempat aku menimba ilmu itu ibaratnya aku mendajalkan masa depan aku jugak. Relevannya sebab bila aku keluar sebagai graduan hasil daripada UPMKB sudah tentu nama kilang yang menghasilkan 'aku' memainkan peranan penting. Jadi takkan la aku nak merosakkan masa depan aku sendirikan [kalau aku tak dapat keje sapa nak tanggung aku?]. Itu kalau nak difikirkan secara logik la. selain daripada tu lu pikir la sendiri. [engkau ada akal bukan?]. Ada bantahan? Ada sesiapa yang ada pendapat lain? Boleh kita berkongsi dan mempertajamkan minda. Tak perlu untuk mencari pendapat siapa yang betul atau pendapat siapa yang salah. Dan aku sendiri boleh memperbaiki diri.



