Sunday, March 15, 2009

Persimpangan itu.....

Hari ini ketika aku duduk, aku teringat sahabat-sahabatku.
Hari ini ketika aku berjalan-jalan, aku teringat sahabat-sahabatku.
Hari ini ketika aku lakukan apa sahaja, wajah-wajah mereka bermain di fikiran.
Hari ini aku begitu merindui sahabat-sahabatku.
Kemana mereka menghilang?
Kenapa mereka pergi tanpa mengucapkan kata-kata?

Semalam kami berada di suatu persimpangan setelah melalui satu
perjalanan yang jauh.

Satu pengembaraan yang menyeronokan.
Suka duka kami lalui bersama-sama.
Semalam ketika di persimpangan itu, kami semua terkaku.Beku.
Jalan mana yang harus kami pilih? Senyap. Tiada yang bersuara.
Tiba-tiba, datang serombongan datang menghampiri kami dan membawa salah seorang dari kami. Kaku. Senyap. Terkial-kial.
Kemudian datang pula seorang pemuda yang entah dari mana membawa lagi sahabatku yang lain. Aku terlopong. Dan sahabat-sahabatku lain yang masih tinggal seorang-seorang demi seorang diambil dari aku dan dibawa jauh dari aku.

Aku?

Semalam selepas ditinggalkan seorang diri di persimpangan itu, aku masih berdiri
di situ. Cuba menenangkan hati yang berduka. Menanti mungkin ada sahabat-
sahabatku yang berpatah balik untuk membawa aku bersama. Lama sekali aku
menanti di situ. Tiada siapa yang datang dan tiada siapa juga yang lalu di situ.

Hari ini, seperti ada suara yang mengarahkan,
'Aku perlu meneruskan perjalananku'.

Tapi aku masih lagi menanti mereka. Tapi, hatiku berkata,
'Mereka telah memilih jalan yang terbaik untuk mereka
dan aku juga perlu
memilih
jalanku'.

Lalu, dengan hati yang lara aku meneruskan perjalananku mengikut kakiku.
Aku melangkah dengan lemah.
Kakiku lenguh sekali setelah begitu lama berdiri di persimpangan itu.
Aku sudah kehabisan tenaga. Semangatku kian pudar.
Namun aku gagahkan juga kakiku melangkah.
Aku melangkah penuh pengharapan agar suatu hari nanti
aku kan temui sahabat-sahabatku.


Tapi perjalanan yang ku lalui seorang diri tidak semudah yang kusangka.
Aku begitu terasing di tempat itu. Di tempat itu mereka
memiliki keluarga mereka sendiri.

Aku seperti pengembara yang hilang arah tujuan.
Dan mereka hanya memandangku dengan penuh keanehan.

Lalu ku katakan pada diriku,
'Aku tidak mungkin diterima dalam kelompok mereka.
Kalau
diterima hanyalah sabagai membantu musafir yang
dalam perjalanan.
Mungkin aku hanya tetamu yang tidak
diundang dan tidak mungkin aku menjadi sebahagian daripada mereka.'



Tapi itu tidak akan mematahkan sisa-sisa semangatku
dala
m mengharungi perjalanan ini.
Dan hari ini biarpun aku terpaksa berseorang mengharungi
segala susah payah
perjalanan ini, aku telah menanamkan
tekad di hatiku akan aku teruskan juga
tanpa berpaling ke belakang lagi.
Kerana aku yakin Dia sentiasa di sisiku.
Kerana aku yakin Dia tidak akan membiarkan aku keseorangan.
Kerana aku yakin Dia sedang menyediakan sesuatu untukku.



No comments:

Post a Comment