Hari ini aku terasa begitu malas untuk bangkit dari tidur.
Kerna terpaksa bangun di awal pagi setelah begitu lama cuti.
Tapi hari ini rakyat Palestin begitu bersemangat untuk
menempuh hari baru.
Kerna hari ini mereka masih diberi peluang untuk terus
mempertahankan tanah air tercinta.
Hari ini aku terasa begitu berat sekali kaki untuk
melangkah ke kuliah.
Kerna sudah sekian lama tidak ber'excersice'
Tapi hari ini rakyat Palestin begitu bersemangat
menujukubu Zionis.
Kerna mereka tidak pernah mengenal erti 'cuti'
Hari ini aku begitu jemu dengan pilihan lauk pauk.
Tapi hari ini rakyat Palestin begitu berselera biarpun
hanya sebuku roti kosong.
Kerna esok belum tentu ada makanan untuk mereka.
Hari ini aku begitu bersedih dan hilang semangat
Kerna keputusan ujian tidak begitu memberangsangkan
Tapi hari ini rakyat Palestin tidak pernah kenal erti
berputus asa atau hilang semangat biarpun hari ini
mereka masih gagal untuk mendapatkan bumi
Palestin kembali.
Hari ini aku begitu banyak masa untuk bersantai
dan bermain game.
Tapi hari ini bagi rakyat Palestin setiap detik yang berlalu
amat berharga dan pemainan mereka adalah M-16
dan batu-batu kecil dijadikan peluru untuk menyerang
kereta kebal zionis
Hari ini aku tidur dengan lena setelah seharian suntuk
menjalani kehidupan sebagai pelajar,
Tapi hari ini Rakyat Palestin begitu takut untuk tidur
Kerna bedilan-bedilan dan hujan peluru tidak pernah
mengenal siang atau malam.
Aku begitu lemah sekali hatta jika dibandingkan
dengan kanak-kanak Palestin.
Aku langsung tidak setaraf dengan mereka bahkan
tarafku lebih rendah dari mereka.
Biarpun negara mereka bergolak mereka masih begitu
bersemangat mengharungi hari-hari mereka kerna esok
belum tentu mereka dapat hidup.
Bukankah esok juga belum tentu untuk aku meski negaraku
aman damai?

Lalu kenapa hari ini aku masih tidak lakukan apa-apa untuk
membantu saudara seagamaku?
Kenapa hari ini aku masih membiarkan ia berlalu dengan sia-sia?
Jika hari ini aku tidak membantu mereka
Belum tentu esok aku dapat membantu mereka
kerna esok belum tentu milikku

Jika hari ini aku masih berdiam diri
Belum tentu esok aku mampu bersuara
Kerna esok belum tentu milikku.
Jika esok bukan milikku lagi,
bagaimana dapat aku jawab depan ALLAH SWT
Tentang amal kebajikan ku kepada saudaraku di Palestin?
Cukupkah kalau sekadar bersama-sama menangis ketika
menyaksikan kezaliman zionis kepada rakyat Palestin?
Cukupkah kalau sekadar aku sama-sama meramaikan
jemaah lewat ceramah-ceramah tentang Palestin?
Cukupkah sekadar aku sama-sama berpiket di jalanan
bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman zionis?
Cukupkah kalau aku sekadar menyatakan kebencianku
pada zionis dalam hati?
Cukupkah kalau hari aku berkobar-kobar berpidato
bersyarah tentang kejamnya zionis?
Cukupkah itu semua didalam mahkamah ALLAH SWT?
Bagaimana bisa aku menjawab dihadapanNYA kelak?
Lantas apakah hari ini aku masih mahu membiarkan
sahaja orang lain menyelamatkan saudaraku?
Apakah hari ini aku masih membiarkan saudaraku
ditindas oleh zionis yang tidak berhati perut itu?
Apakah hari ini aku masih boleh bersenang lenang
sedangkan saudara-saudaraku berjuang untuk
mempertahankan maruah Islam?
Persoalan itu akan terus bermain di fikiran.
Hati dan akal saling bertelagah.
Akal mungkin boleh menipu tetapi hati tidak akan berbohong.
Hanya iman menjadi pendamai.....
Dan hari ini persoalan itu masih terus berlegar di ruang fikiranku...
[Semoga aku terus tawadduk dengan apa yang aku lakukan demimu Palestin]

No comments:
Post a Comment