Kenapa letih sangat?
Semalam ibu-ibu dan bapak-bapak saudara buat sembahyang hajat dan tahlil sikit. Sembahyang hajat untuk ibu-ibu yang mengandung dan majlis tahlil untuk nenek yang telah pergi menghadap Penciptanya (semoga Allah tempatnya di tempat-tempat orang beriman). Biarpun terasa letih yang begitu menggigit segala urat sendi tetap rasa seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Dan aku terpikir apabila anak-anak saudara sudah mula mengambil alih sedikit demi sedikit tugas-tugas yang dulu dilakukan oleh ibu-ibu saudara, apakah yang terpikirkan?
Yup! Mak-mak saudara aku termasuk la mak aku semakin hari semakin dimamah usia. Dah macam-macam sakit datang. Dan itu maknanya aku juga dah menginjaki ke usia DEWASA!!
Dan cerita sebenar yang ingin disampaikan adalah berita yang mengejutkan aku!
Alkisahnya, masa aku tengah siap-siap nak makan 'colek' tetiba mak saudara ni pun datang dan tanya aku dalam nada berbisik.
Mak saudara (MS): Ya ada gi interview kat tempat pok d* ke?
Aku: (muka terkejut) Tak de pun. Tempat dia ade panggil orang ke?
MS: Sebab Pok D* ade nampak name ya masa interview ari tu.
Yup. Aku berada dalam senarai yang berada dalam temuduga itu. Tapi aku tak tahu apa-apa pun sebabnya selama 2 minggu telefon aku bermasalah gara-gara
Oh, masa tu aku dah rasa terkilan gila.
Dan sepanjang hari aku bagitahu cik hati 'Barang yang lepas jangan di kenang. Pasti hikmahnya'!
Dan malam itu aku bercakap pula dengan suami mak saudara aku tu merangkap bapa saudara aku. Perkara yang sama aku bagitahu dia pasal nombor telefon aku tu.
Kata ayah saudara aku, 'Dah kalu lain kali ada nak lagi tak?'
Aku, ' Mesti la nak'.
Dia balas pulak, ' Tak pe, tak pe boleh di usahakan'.
Sebenarnya walaupun aku tak dapat temuduga itu, rasa terharu jugak sebab nama aku sebenarnya ada dalam list untuk temuduga
Pasti ada hikmahnya!
p/s: Sejak akhir-akhir ini 'instinct' aku begitu aktif dalam memberitahu 'ada sesuatu yang akan berlaku' dan
biasanya untuk perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Mungkin Allah mahu aku bersedia untuk
menerima 'ujian' itu dalam keadaan mental aku dah bersedia untuk menerima segala kemungkinan.
No comments:
Post a Comment