Such a long time i didn't post anything and i didn't keep my promise to make my blog more interesting.
Yup, lepas grad aku mengalami zaman yang suram. banyak yang ingin diceritakan namun hanya di dalam hati.
Dan malam ini (opps its morning and new day already), dikala aku sepatutnya rancak menyiapkan HACCP dan business plan, cik idea tak nak datang jadinye terpaksalah aku merajinkan diri untuk menulis blog. Ala-ala warming up gitu sambil mengharap cik idea akan datang sikit demi sikit.
Kenapa aku kena buat HACCP dan Business Plan?
Alkisahnya, aku ambik kursus Biotechnology selama 6 bulan. Disebabkan kursus ini adalah menggunaka silibus yang sama dengan program BESt yang telah bertukar format maka objektif kursus ini adalah untuk melahirkan usahawan muda. Tak lama lagi kena praktikal pulak selama 3 bulan selepas duduk dalam kelas selama 3 bulan. Gitulah lebih kurang ceritanya.
Terlalu banyak yang aku belajar selama kursus ini berjalan. Bukan hanya apa yang diajar dalam kelas tapi juga dalam mengenal dan menilai orang, menilai dan muhasabah diri sendiri. Yang paling penting adalah menilai dan menganalisi diri sendiri terumatanya apabila mengenang kembali zaman suram aku. Betapa banyaknya masa yang aku telah bazirkan.
Dan dalam masa yang sama masih banyak lagi persoalan-persoalan yang belum terungkai dan sehingga kini aku masih tercari-cari. Yup, ianya begitu mengganggu fikiranku. Dan kerana aku masih dalam pencarian bagi memecahkan dinding-dinding persoalan dalam merungkai jawapan. Terlalu banyak tanda tanya....

No comments:
Post a Comment