Friday, June 17, 2011

Indahnya Bila Berdiam Diri

Baru hari ini aku terasa betapa indanhya lebih banyak berdiam daripada bercakap.

Berdiam bukan hanya berdiam kosong. Diam dengan mengingati Allah.

Banyak hikmah bila berdiam. Pada aku yang mengalaminya.

1. Kurang bercakap benda-benda yang tidak perlu mengurangkan rasa bersalah pada diri sendiri andai 
    tersalah dalam bertutur kata yang dalam kita tidak sedar mungkin kita dah melukakan hati orang lain.

2. Bila diam kita akan lebih banyak memerhati dan mendengar. Jadi apabila kita menganalisis dan kita dapat
    membuat keputusan dengan menggunakan akal tanpa dipengaruhi oleh emosi.
    Dan yang paling penting bukan memerhati dan mendengar untuk mencari keburukan orang.

3. Bila diam kita akan lebih banyak berfikir dan ini boleh meningkatkan daya fikiran kita dan meningkatkan
    aktiviti otak kita supaya sel-sel otak sentiasa bekerja.

4. Bila kurang bercakap, kita dapat melakukan lebih banyak kerja daripada membuang masa daripada
    berbual kosong. (tiada salahnya sesekali berbual-bual kosong selagi ianya tidak mengganggu prestasi kerja
    seharian kita).

5. Papepun janji happy!!!


No comments:

Post a Comment