Sunday, February 22, 2009

Saat bertemu.......


Saat bertemu dengan teman yang dapat dipercayai,
rukunlah bersamanya,
kerana seumur hidup manusia, teman sejati tidak mudah
ditemukan

Saat bertemu penolongmu,
Ingatlah untuk berterima kasih padanya,
Kerana dialah yang membantu mengubah hidupmu

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau cintai,
Tersenyumlah dengan wajar,
Kerana dialah orang membuatmu lebih mengerti tentang
cinta

Saat bertemu dengan orang yang pernah kau benci,
Sapalah dengan senyuman,
Kerana dia membuatmu semakin teguh/kuat

Saat bertemu dengan orang yang pernah mengkhianatimu,
berbauk-baiklah berbincang dengannya,
Kerana jika bukan kerana dia,
Hari ini engakau tak memahami dunia ini

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu,
Berterima kasihlah bahwa ia pernah ada dalam hidupmu,
Kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu

Saat bertemu dengan orang yang pernah salah faham padamu,
Gunalah saat tersebut unutk menjelaskan,
Kerana engkau mungkin hanya ada satu kesempatan itu sahaja
untuk menjelaskannya

Dan saat engkau bertemu dengan seseorang yang saat ini
menemanimu seumur hidup (suami @ isteri kita),
berterima kasihlah sepenuhnya kerana dia mencintaimu.
Kerana saat ini kalian mendapatkan kebahagiaan dan
cinta sejati yang kau cari


*koleksi kata-kata mutiara





No comments:

Post a Comment