Saturday, February 14, 2009

Hari Yang Paling Menyedihkan

Tanggal 14 Februari dikatakan sebagai sambutan Hari Kekasih ataupun hari Valentine (ntah pape tah). Sambutan ini diharamkan dalam Islam. Kenapa? Ramai yang telah mengetahui kenapa. Kalau yang masih belum mengetahui maknanya kena selalulah menyelak surat khabar- sumber yang senang untuk mendapat maklumat. Hal ini kerana setiap tahun apabila masuk sahaja bulan Februari pelbagai artikel ditulis oleh pelbagai pihak untuk memberitahu kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia tentang pengharaman menyambut Hari Yang Ntah Pape tu. Pada Hari Ntah Pape tu juga la ramai manusia-manusia yang ber'couple' berlumba-lumba untuk membuktikan cinta mereka (huh, yela sangatnye. kalu nak buktikan cinta kahwin je la) dengan memberi bungala, coklatla, makan malam romantik la (romantik ke?) dan segala benda la yang boleh menunjukkan betapa 'sayangnya' diorang pada pasangan masing-masing.

Cerita seorang teman yang ingin berkongsi cerita.......

Pada diri teman, tarikh 14 Februari setiap tahun mempunyai nilai 'sentimental value' nya tersendiri. Setiap tahun tarikh ini memang akan sentiasa dinanti-nantikan (ye ke?). Tarikh itu memberi makna yang besar dalam hidup dirinya. Tarikh tersebut ketika waktu dahulu (kini dan selamanya) pernah memberi kegembiraan dan kesyukuran kepada kedua ibubapanya, keluarganya dan kaum kerabatnya. Tangisan suara seorang puteri yang baru sahaja menjengah ke tingkap dunia telah disambut dengan penuh kesyukuran lalu perkataan pertama yang didengarinya adalah laungan iqamat oleh ayahanda yang tercinta.

Dan setiap tahun, hadirnya tarikh 14 Februari, maka puteri yang dulu tapak kakinya hanya sebesar tapak tangan kini telah membesar menjadi seorang anak gadis. Lahir dalam keluarga yang besar, dia dan adik beradiknya telah dididik oleh kedua ibubapa - tiada sambutan hari lahir diadakan- maknanya tidak ada la kek, hadiah ataupun party hari lahir yang selalu orang lain buat tu. Jadi sampai sekarang padanya hari itu hanyalah hari dimana umurnya telah bertambah setahun lagi. Tiada angan-angan untuk membuat permintaan hadiah apa yang diingininya ataupun majlis macam mana yang nak dan yang sewaktu dengannya (Alhamdulillah tak yah fening-fening kepala nak kene fikir). Apa yang paling penting adalah keredhaan dan doa daripada ayahanda dan bonda yang sentiasa mengiringi setiap langkah dalam perjalanan kembara hidup ini.

Apa yang paling penting adalah muhasabah diri. dan persoalan yang paling popular setiap tahun adalah seperti di bawah:
a) Apakah yang telah aku lakukan selama setahun?
b) Apa matlamat unutk setahun kemudian?
c) Apa yang nak aku capai?
dan segala yang sewaktu dengannya.

Sebenarnya, orang yang sepatutnya terima hadiah hari lahir adalah bonda tersayang, yang telah bersusah payah melahirkan dan mendidik sehingga menjadi seperti sekarang.

Cerita teman lagi,

Semakin meningkat umur dan semakin matang fikiran (ye ke?), semakin dia sedih menantikan tarikh tersebut.( aik, kenapa plak?) sedih kerana saudara sesama Islam menyambut Hari Yang Ntah Pape tu yang telah diharamkan oleh Islam... bukankah itu satu berita sedih? (oooo, ingatkan sebab orang tak sambut besday die, hehehe). Terasa macam lepas 13 Feb terus je 15 Feb (huhu, sampai camtu skali ?)....... hari yang bahagia menjadi hari yang menyedihkan........ Tarikh 14 Februari mungkin telah menjadi anti dan menjadi kebencian kepada sesetengah pihak.
(ish..ish..ish.. kesian sungguh teman ku yg sorang ni)..... But kena la kita ambik yang positif. Kita hanya manusia biasa. Kita hanya mampu menasihati dan memperingati antara satu sama lain. Selebihnya terpulangla kepada empunya diri. Semoga Allah membuka hati-hati mereka. Dan teman ini berkata dia tetap bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari yang penuh bermakna pada dirinya dan mungkin juga orang-orang yang berada di sekelilingnya pada kali ini. Mungkin ini kali terakhir atau mungkin juga masih ada lain kali. Tapi yang pasti mati itu pasti, hidup itu Insyaallah...........




No comments:

Post a Comment